Saturday, January 14, 2017

BILA SUJUD, BOLEH MELIHAT TERUS KE DALAM LAUT


Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia.
Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.
Masjid ini dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik kerana di atas permintaan khas dari Raja Hassan.
Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus ke dalam laut.
Masjid ini direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas dan mempunyai lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).
Seni bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam.
Semua tetamu boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dipandu oleh pemandu pelancong yang menjelaskan secara terperinci tentang masjid.

Kredit: blog-ansyari

-Debu-

No comments:

Post a Comment