Friday, January 20, 2017

POMPEII DAN MISTERI-MISTERI DI SEBALIKNYA!


Barangkali subjek mengenai Pompeii banyak kali telah dibincangkan. Banyak kali juga dilihat isu Pompeii diutara dan dibahas dalam blog-blog serta forum-forum. Kemungkinan subjek mengenai Pompeii ada tarikan tersendiri.
Mengikut para sejarahwan, Pompeii adalah antara bandar metropolitan yang maju daripada segi peradaban,senibina, budaya dan sosial di Itali. Akan tetapi, sangat mundur daripada segi moral dan agama!
Masyarakat Pompeii begitu terbuka dalam mengamalkan cara hidup. Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka suka. Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma masyarakat.
Pompeii amat maju, berbudaya sofitikated dan masyarakat yang fleksibel namun daripada segi agama, mereka runtuh!
Pompeii musnah sama sekali pada 79AD. Malang bagi Pompeii, bandar metropolitan ini hilang daripada ingatan masyarakat dunia sejak daripada tarikh itu. Apa yang berlaku di Pompeii hingga menghilangkannya dalam peta dunia pada 79AD?
Bandar Mega Pompeii
PERISTIWA PADA 79AD
Gunung Vesuvius berada hanya tidak sampai 100 km daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii. Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan memerhati gelagat masyarakat Pompeii dalam diam.
Pada 79AD, bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium.
Peristiwa itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut. Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir dipamerkan.
Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi bergitu mengerikan termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan, mungkin kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.
Terseksa anjing ini
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Tiada apa yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang terawet sedang melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuan lain, ahli arkeologi menemui pula posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD.
Masakan tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Luth as di Sodom dan Gomorroh dan kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.
Apa yang lebih mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang menghambat mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk digambarkan. Dalam firman Allah swt,
"Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorang pun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu."(Surah Maryam ayat 98)
Selain mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas. Allah swt Maha Mengetahui, Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu.
Penemuan ahli arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan ramai cendikiawan agama terpaku seketika. Beginilah agaknya harga sebuah kemodenan.
Bayangkan bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak teruk kalau dikatakan mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Luth.
Ukiran Fresko yang mengejutkan!
KEMUNGKINAN DITURUNKAN SEORANG RASUL DI POMPEII
Rasul ditugaskan Allah swt untuk memandu manusia ke jalan yang lurus untuk menyembah Allah yang Esa. Rasul diutuskan di setiap umat seperti mana firman Allah swt yang bermaksud,
"Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya." (Surah Yunus 10 : 47)
Rasullulah saw adalah rasul terakhir iaitu penutup bagi segala rasul dan nabi. Rasullah saw adalah Rasul yang diutuskan Allah swt ke atas kaum Arab Quraisy dan seluruh umat manusia.
Menurut Rasullulah saw, bilangan nabi sebelum diutuskan baginda adalah 124,000 orang dan bilangan rasul adalah 312 orang. Namun, bilangan yang wajib kita imani adalah sebanyak 25 orang sahaja.
SIAPAKAH RASUL DI POMPEII?
Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam. Kelaziman yang berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, akan diutuskan oleh Allah swt untuk memberi peringatan.
Dan azab yang berlaku biasanya hanya satu malam sahaja. Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Luth as dan kaumnya, Nabi Saleh as dan kaumnya dan banyak lagi Rasul-rasul lain.
Mustahil tiada seorang Rasul dihantar ke Pompeii untuk membetulkan akidah mereka yang jauh tersesat itu. Sangat-sangat mustahil!
Menunggu untuk maut
Jika bukan daripada kaum mereka sendiri dilantik menjadi Rasul, mesti terdapat Rasul daripada kaum lain yang dilantik menjadi wakil Allah swt ke sana. Ini pernah terjadi kepada Nabi Yunus as ke Ninaveh, Iraq yang mana Nabi Yunus as adalah seorang berbangsa Israel. Begitu juga yang terjadi kepada Nabi Musa as yang diutuskan kepada Bangsa Mesir Purba.
Inilah persoalan terhebat yang ingin dirungkaikan. Siapakah nabi atau utusan Allah swt ke Pompeii untuk memberi peringatan?
Oleh kerana waktu terjadinya letupan Vesuvius adalah 79AD, amatlah mudah untuk mengatakan bahawa utusan Allah pada masa itu kemungkinan besar adalah para Hawari Nabi Isa as.
Hawari Nabi Isa as adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada Peter, James, Yohannes, Andreas, Philip, Bartholomew, Matius, Toma, James, Thaddeus Lebbaeus, Simon the Zeolot dan Yahuda.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana seksanya kematian insan ini
Walaubagaimanapun, ramai antara Hawari Nabi Isa telah wafat sebelum 79AD kerana dibunuh dan disalib oleh orang kafir laknatullah. Berikut adalah tarikh-tarikh para hawari wafat dan cara mereka wafat:
i) Peter (Simon Peter), disalib secara terbalik di Rom pada 64AD.
ii) James, anak lelaki Zebedee dipancung pada 44AD, paling awal meninggal dunia
iii) Yohannes (John), anak lelaki Zebedee, adik kepada James. Dipercayai meninggal dunia di Ephesus dalam 89AD hingga 120AD kerana sebab semulajadi. Beliau adalah hawari Nabi Isa as yang paling lama hidup.
iv) Andreas (Andrew), abang kepada Peter, disalib secara bentuk X di Petras, Greece. Tarikh beliau meninggal tidak dapat dikenalpasti.
v) Philip, disalib pada 54AD di Hierapolis.
vi) Bartholomew (Nathaniel), dilapah hidup-hidup dan kemudian disalib. Dipercayai meninggal di Derbend dekat Caspian Sea pada usia 71tahun.
vii) Matius dibunuh di Ethiopia pada 60AD
viii) Toma dibunuh dengan lembing di Mylapore, Madras, India pada 72 AD.
ix) James, son of Alphaeus, dibelasah hingga meninggal dengan menggunakan batu dan kemudian disalib.
x) Thaddeus Lebbaeus(Jude),disalib kemungkinan samada di Armenia, Syria and Persia dan dikebumikan di Kara Kalisa, Iran. Tarikh tidak diketahui.
xi) Simon the Zealot , disalib pada 74AD.
xii) Yahuda (Judas Iscariot), Judas adalah watak kontroversi dalam agama Islam dan Kristian. Islam mempercayai beliau digantikan dengan Nabi Isa as semasa disalib dan Kristian mempercayai bahawa beliau mengantungkan diri sendiri selepas mengkhianati Nabi Isa as.
Mengikut statistik tersebut, hanya seorang calon yang sesuai untuk dikaitkan dengan Pompeii. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah Yohannes ataupun John. Yohannes dikenali sebagai hawari yang menyebarkan ajaran Isa as ke wilayah di sekitar Itali, Sepanyol dan Greece. Maka tidak mustahil bahawa beliau sempat singgah di Pompeii dan berdakwah ke sana.
Yohannes dikatakan berdakwah hingga ke Colliseum. Beliau kemungkinan sempat ke Pompeii dan berdakwah ke sana. Namun, tidak dihiraukan, malah disingkirkan keluar daripada masyarakat mereka. Setelah itulah seksaan Allah tiba pada masyarakat Pompeii iaitu pada malam 79AD!
Bergelimpangan mayat yang terawet cantik
Waallahua'lam...

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment