Thursday, December 1, 2016

SIAPAKAH SIR HENRY GURNEY YANG SEBENARNYA?

Di dalam buku teks sejarah, Sir Henry Gurney, iaitu Pesuruhjaya British (jawatan seperti PM) di Tanah Melayu tahun 1948 - 1951, adalah seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British di Tanah Melayu kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946 - 1948).
APA KERJANYA?
Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin.
Ketika Henry Gurney bertugas di Palestin, berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Kemuncak keganasan zionis Haganah dan Irgun adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.
Ingat! Peristiwa Deir Yassin (April 1948) yang meragut nyawa wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu pada September 1948!!
Malangnya, nama beliau disanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papan tanda.
Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

-Debu-

4 comments:

  1. Cina Malaysia biadap sebab Henry Gurney lah!!!! Henry Gurney adalah punca utama Malaysia jadi macam nie sebelum 13 Mei!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala otak kau cina komunis benci dia apa ke benda kau merepek ni ha

      Delete
  2. patut dibuang dan dirobohkan! bukan seorang yg perlu kita banggakan bahkan dia patut kita kutuk, keji dan ludah! tangan dia perancang dan pembunuh saudara kita rakyat Palestin!

    ReplyDelete
  3. Bangsa asing banyak di tanah melayu kerana penjajah inilah..

    ReplyDelete