Monday, December 5, 2016

KORANG TAU TAK??


1. Koala mempunyai masa tidur yang cukup lama iaitu selama 20 jam untuk satu hari. Ini bermakna, Koala hanya mempunyai masa selama 4 jam untuk melakukan sebarang aktiviti harian.

2. Penjara Negeri San Quentin di California mempunyai poskod sendiri iaitu 949974. Lazimnya, sesebuah daerah atau wilayah sahaja yang diberi poskod bagi memudahkan pemetaan dan tujuan surat menyurat.


3. Napoleon Bonaparte pernah memberi ganjaran 12,000 francs kepada Nicolas Appert kerana telah berjaya mencipta makanan dalam tin. Makanan dalam tin sangat penting untuk tentera Perancis pimpinan Napoleon kerana mampu bertahan selama berbulan-bulan lamanya.


4. Tasik di kawah Gunung Berapi Ijen, Indonesia adalah tasik yang mengandungi asid sulfirik. Menurut seorang ahli geologi, asid tersebut dicatat serendah pH 0.5, cukup untuk meninggalkan parut pada kulit manusia!


5. Baju pengantin Lin Rong yang berkahwin pada Ogos 2009 di Jilin Province, China mempunyai 1.2 batu panjang! Ia memerlukan lebih daripada dua orang diupah untuk mengangkat kain beliau.


6. Leonardo Da Vinci telah menulis lebih daripada 13,000 muka surat yang kebanyakan adalah tulisan dan lakaran beliau berkaitan kejuruteraan, kesenian, metalurgi dan macam-macam lagi.


7. Spesies katak daripada Panama, Panamian Golden Frog berkomunikasi dengan melambai-lambaikan tangannya.


8. Dengan menggunakan tangan kiri, sangat sukar untuk seseorang itu menaip lebih daripada 3,000 patah perkataan di 'keyboard' normal.


9. Semut akan menculik anak-anak semut daripada koloni yang lain bagi dijadikan hamba di koloni mereka. Ia hanya akan berlaku apabila koloni mereka tidak mampu menghasilkan semut-semut yang ‘baru’.


10. 'U.S Food and Drug Administration' membenarkan 60 bahagian anggota serangga dalam 10 gram sampel coklat!

Eerkkk~

-Debu-

No comments:

Post a Comment