Monday, December 5, 2016

KISAH MAYAT BACA SURAH YASIN

Kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini berlaku kira-kira hujung tahun 2011 dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Nasir, penceramah bebas di Malaysia.

Ceritanya begini...
Pada suatu hari di musim haji, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.
Cara mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya selama kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan terbaring seperti kebiasaannya.
Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya, ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ihram).
Setelah disiasat, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun dipatri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.
Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hamba-Nya yang taat dan ikhlas bekerja kerana-Nya.
Wallahua'lam...

Kredit: eberita

-Debu-

No comments:

Post a Comment