Tuesday, December 6, 2016

MUKJIZAT AL-QURAN: JANTINA BAYI

Pada awalnya, manusia meyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Ada pula yang percaya bahawa jantina bayi ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan.
Jauh sebelum ilmu pengetahuan mengetahui tentang rahsia jantina bayi, pada abad ke-7 M, Al-Quran telah memberitahu bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan".
"Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita, dari air mani, apabila dipancarkan." (Surah An-Najm, ayat 45-46)
Kromosom Y membawa sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X berisi sifat-sifat kewanitaan. Di dalam sel telur ibu hanya dijumpai kromosom X, yang menentukan sifat-sifat kewanitaan. Penamaan ini adalah berdasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini.
Di dalam air mani ayah, terdapat sperma-sperma yang mengandungi kromosom X dan kromosom Y. Jadi, jenis kelamin bayi bergantung pada jenis kromosom kelamin pada sperma yang membuahi sel telur samada X atau Y.
Dengan kata lain, sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut, penentu jantina bayi adalah air mani, yang berasal dari ayah. Pengetahuan tentang perkara ini, yang tak mungkin dapat diketahui di zaman Al-Quran diturunkan, adalah bukti bahawa Al-Quran adalah kalam Allah.
Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang berkembang seperti genetik dan biologi molekul secara saintifik telah mengesahkan ketepatan maklumat dalam Al-Quran. Kini diketahui bahawa jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari lelaki, dan wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jenis kelamin.
Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom yang menentukan bentuk manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua kromosom ini disebut "XY" pada lelaki dan "XX" pada wanita.

Tiada satu pun maklumat ini dapat diketahui dalam ilmu genetik pada abad ke-20. Dalam kebanyakan masyarakat, mereka yakin bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Inilah sebab mengapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan.
Namun, 13 abad sebelum penemuan gen manusia, Al-Quran telah mendedahkan maklumat yang menghapuskan keyakinan khurafat ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, akan tetapi air mani dari lelaki!

Kredit: republika

-Debu-

No comments:

Post a Comment