Wednesday, December 28, 2016

KULIT MAYAT BERTATU YANG DIAWET!

Sekitar awal abad ke-20, Jabatan Perubatan Forensik di Universiti Jagiellonian telah mempelopori kajian mengenai tatu penjenayah bagi memecah kod peribadi penjenayah.
Mereka telah mengawet kulit mayat yang mempunyai tatu dengan menggunakan cecair 'formaldyhide' untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai asal-usul penjenayah.
Mereka percaya bahawa tatu memberi gambaran lebih jelas mengenai jenayah yang telah pesalah lakukan.

Tatu perempuan memakai seluar
Tatu ini memberi gambaran kepada pakar forensik bahawa tatu ini adalah pemilik seorang perogol atau pembunuh bersiri.

Tatu lelaki berbasikal
Dipercayai, tatu ini menunjukkan penjenayah berasal daripada kampung yang terpencil dan menjadi sarang penjenayah.

Tatu perempuan dan bunga
Tatu ini pula dikatakan pemilik kepada penjenayah yang membunuh kerana rasa cemburu. Apa yang dapat dikaitkan dengan cemburu?

Pakar mengatakan bunga yang melindungi barang sulit perempuan itu menunjukkan sifat cemburu penjenayah.

Tatu lelaki bertopi
Tatu ini memberi gambaran bahawa penjenayah kemungkinan besar warganegara Mexico. Topi yang dipakai oleh lelaki ini menunjukkan topi yang biasa dipakai oleh penjenayah daripada Mexico.

Tatu helang

Tatu ular dan tengkorak

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment