Monday, December 26, 2016

TEKNOLOGI MELAYU, INOVASI JERMAN: GOBEK API


Menurut Dr Rahmat Ghazali dalam artikel dari Majalah Agro Malaysia Bil 2 Okt-Dis 2010, beliau pernah berbual dengan seorang jurutera dari Jerman yang sangat memandang tinggi penciptaan orang Melayu. Salah satu ciptaan orang Melayu yang menjadi perhatiannya ialah Gobek Api.
Menurut jurutera ini, sebenarnya teknologi enjin diesel adalah diasaskan oleh teknologi Gobek Api!
Malah jurutera Jerman ini menyatakan bahawa orang Melayulah yang telah mengasaskan teknologi enjin diesel.
Malangnya, dalam masyarakat Melayu, teknologi Gobek Api terhenti begitu sahaja apabila datangnya mancis dan pemetik api, maka tiada lagi inovasi.
Namun di Jerman, Gobek Api telah dimanfaatkan sehingga menghasilkan teknologi enjin diesel yang banyak digunakan dalam pembangunan jentera dan penciptaan kenderaan.
Malah, ia pemangkin kepada bidang industri pengangkutan dan industri perkilangan yang akhirnya menjadikan Jerman sebuah negara maju.

Kredit: sukaatiaku

-Debu-

No comments:

Post a Comment