Thursday, December 1, 2016

MISTERI KOTA NAN MADOL


Nan Madol terletak di pantai timur Pohnpei, Mikronesia, dan kota ini sangat unik kerana para pengkaji belum mengetahui bagaimana Nan Madol dibina. Nan Madol adalah kota yang seluas 80 hektar dan terdiri dari 90 pulau.

Nan Madol bererti "ruang antara" dan mungkin kota itu bernama demikian kerana "ruang antara" pulau adalah rangkaian saluran yang mengelilingi pulau. Pada peta yang digambarkan oleh Holger Behr, dapat dilihat bagaimana pulau-pulau yang terpisah satu sama lain oleh saluran.
Nan Madol telah membuatkan ramai ahli arkeologi kagum kerana pulau-pulau yang ada hampir seluruhnya dibuat daripada dinding 'basalt' yang tingginya 18 hingga 25 kaki dan lebarnya sekitar 17 kaki.

'Basalt' adalah batu yang dibentuk oleh larva gunung berapi. Dindingnya dibina dengan 'log batu' terkumpul secara bergantian dalam pola silang-menyilang. Bahagian dalam kota itu ditutup dengan pecahan karang untuk membentuk ketinggian sehingga air pasang tidak boleh mencapainya.

Para arkeologi memperkirakan sekitar 250 juta tan log basalt diperlukan untuk membina seluruh kota. Tetapi pertanyaan yang belum terjawab adalah, bagaimana tembok-tembok ini dibina begitu tinggi, mengingat betapa berat log batu basalt itu. Malah ada log basalt tertentu mempunyai berat sekitar 50 tan!

CERITA RAKYAT SETEMPAT

Salah satu cerita rakyat setempat menceritakan tentang raksasa yang hidup di pulau itu membawa batu-batu berat dan membina dinding.

Lagenda lain menceritakan kisah dua bersaudara bernama Olosopha dan Olosipha, yang menggunakan kekuatan sihir mereka untuk mengangkut batu dari negeri yang jauh-jauh untuk membina kota.

Semua lagenda tempatan menceritakan log batu basalt datang dari tempat yang jauh-jauh kerana tiada sumber batu basalt di Nan Madol, kecuali di seberang pulau.
Teori lain adalah batu-batu basalt diangkut dengan rakit, tapi dalam percubaan, log basalt segera tenggelam kerana berat batu-batu tersebut.

Meskipun penemuan kerangka yang relatif lebih besar daripada rata-rata orang Pohnpei sekarang, namun bagaimana dinding basalt dibina masih tetap menjadi misteri, kerana tidak ada penemuan sisa-sisa mesin/alat kuno yang boleh digunakan bagi membantu pembangunan dinding basalt tersebut.
TEROWONG BAWAH LAUT

Ciri indah yang lain dan tak dapat dijelaskan dari kota Nan Madol adalah terowong bawah lautnya yang menghubungkan pulau-pulaunya satu sama lain. Terowong itu menjadi jalan keluar yang bermula dari pusat kota ke arah laut.

Terowong ini jelas buatan manusia jika dilihat dari cara terowong ini dibina untuk menghubungkan pulau-pulau, tetapi bagaimana ia dibina masih tetap belum terjawab. Sehingga kini, penjelajah bawah laut masih mencuba untuk menemukan sebuah terowong dari hujung ke hujung yang lengkap.

Menurut sejarah Pohnpeians, Nan Madol pernah diduduki oleh satu garis leluhur yang disebut 'Saudeleurs' atau "penguasa daerah," yang mungkin ingin memiliki kota eksklusif bagi mereka sendiri terpisah dari masyarakat umum. Para penguasa menyatukan daerah termasuk Pohnpei di bawah satu sistem pemerintahan.

Para Saudeleurs tinggal di daerah pusat Nan Madol. Banyak rakyat jelata juga tinggal di daerah itu untuk berkhidmat dengan Saudeleurs jika mereka diperlukan. Nan Madol tidak memiliki air bersih dan makanan, sehingga tugas utama rakyat jelata adalah mereka harus mendapatkan keperluan asas ini dari luar kota dan membawa makanan untuk penguasa mereka.
Para Saudeleurs juga cukup pintar untuk membiarkan orang-orang yang dicurigai dan pemberontak untuk tinggal di kota sehingga mereka boleh memantau setiap rancangan serangan pemberontak.

'Situs Mortuary' atau perkuburan juga ditemui di Nan Madol, dibina berbentuk persegi panjang yang besar untuk menyimpan mayat para Saudeleurs.

Setelah beberapa waktu, para Saudeleurs dikalahkan oleh sekelompok orang yang disebut 'Nahnmwarki'. Tetapi mereka tidak tinggal lama di Nan Madol, kerana mereka kesulitan untuk mengangkut air segar dan makanan dari luar kota. Ini disebabkan Nahnmwarki juga membunuh rakyat jelata ketika mereka mengalahkan Saudeleurs.
Jalan menuju ke Situs Mortuary
Seorang Arkeologi Mikronesia, Rufino Mauricio mengusulkan Nan Madol dimasukkan dalam daftar World Heritage untuk mendapatkan dana bagi pemulihan kota kuno tersebut, tetapi keturunan Nahnmwarki tidak ingin menyerahkan hak milik kota kepada orang-orang Pohnpei.

Wallahua'lam...

Kredit: versesofuniverse

-Debu-

No comments:

Post a Comment