Tuesday, December 13, 2016

CAHOKIA: TAMADUN PURBA TERBESAR DI AMERIKA SYARIKAT


Banyak suku asli Amerika yang telah kita kenal, seperti Maya, Inca, Aztec di Amerika selatan dan Indian Cherokee di Amerika utara. Namun jarang ada yang mengenal Cahokia, sebuah peradaban lama yang telah punah terletak di wilayah Collinsville, Illinois.
Didirikan sekitar tahun 600 M dan dihuni oleh masyarakat yang unik, Cahokia adalah sebuah peradaban yang terdiri daripada kira-kira 50 komuniti di kawasan seluas lebih daripada 2,200 ekar.
Mereka membina 120 'mound' (beberapa timbunan setinggi sepuluh tingkat) di utara Mexico. Para Cahokians adalah orang-orang 'canggih' yang seolah-olah tiada kaitan dengan suku-suku asli Amerika lain yang dikenali.
Pada tahun 1250, penduduk Cahokia menyaingi penduduk bandar Paris dan London. Pada kemuncaknya tahun 1300, Cahokia dianggarkan dihuni oleh 40,000 orang. Dan rekod tersebut baru dapat diselesaikan pada tahun 1800 oleh bandar moden AS.
Selepas tahun 1300, populasi Cahokia menurun kerana sebab-sebab yang tidak diketahui dan kota itu dibiarkan kosong sehingga beberapa abad.
Walaupun mereka lebih 'canggih' untuk orang asli Amerika, namun mereka tidak meninggalkan catatan bertulis. Para ahli arkeologi hanya mencari simbol pada tembikar, batu dan kayu.
Oleh kerana ahli arkeologi tidak menemui prasasti/inskripsi atau catatan lain di sini, sebahagian besar daripada bandar Cahokia asli (termasuk namanya) masih belum diketahui.
Nama 'Cahokia' yang diberikan untuk wilayah ini pada tahun 1600-an sebenarnya adalah nama untuk penduduk asli Amerika yang menetap di sekitar kawasan ini beberapa abad kemudian.

CAHOKIA MOUNDS
Ciri-ciri yang paling menonjol dari Cahokia adalah timbunan-timbunan tanah (mound). Para pengkaji percaya beribu-ribu pekerja telah memindahkan kira-kira 55 juta kaki tanah dalam jangka masa beberapa dekad. Para pekerja ini tidak mempunyai teknologi yang kompleks atau teknik bangunan, jadi pembuatan 'mound' ini tidak sama dengan pembuatan piramid Mesir.
Para pekerja membawa tanah naik ke setiap timbunan dengan bakul anyaman, dan mereka lakukan beberapa kali setiap hari. Timbunan yang terbesar disebut 'Monks Mound' dan dianggap sebagai pusat kepada 'Grand Plaza' Cahokia yang seluas 40 ekar. Monks Mound setinggi 28 m, panjang 290 m, lebar 255 m dan meliputi kawasan seluas 14 ekar.
Bahagian atas Monks Mound adalah tanah datar yang besar dan menurut para sejarawan dulunya di situ adalah tempat berdirinya sebuah kuil sebesar 5,000 kaki persegi dengan tinggi kira-kira 50 meter. Kuil ini dianggap telah menjadi kediaman ketua pemerintahan dan dikatakan dapat dilihat dari mana saja di Cahokia.
Daripada 120 'mound' yang orang-orang Cahokia bangunkan, hanya 80 buah yang bertahan hingga hari ini. Pertanian dan perindustrian di daerah ini telah merosakkan dan meratakan 40 'mound' selama 200 tahun terakhir kerana pelbagai alasan.
Dari 40 'mound' yang telah rosak atau diratakan, 29 di antaranya telah dijumpai lokasinya oleh para ahli arkeologi.



WOODHENGE
Walaupun tidak sepopular seperti Woodhenge di England (2 km dari Stonehenge), woodhenge versi Amerika ini seolah-olah juga dibuat untuk tujuan yang sama. Ahli arkeologi yang mengkaji Woodhenge mendapati gambar-gambar pada kayu tersebut melambangkan bumi dan empat arah mata angin, dengan pola yang seolah-olah mengikuti matahari.
Woodhenge ini dijumpai berdekatan dengan Monks Mound dan beberapa lama kemudian Woodhenge lain ditemui di Mound 72.



PERKUBURAN BERAMAI-RAMAI
Mound 72 mungkin adalah penemuan arkeologi paling ketara!
Selama penggalian, mayat-mayat manusia ditemui dan di antaranya adalah mayat seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai adalah ketua suku Cahokian. Di bawah kuburnya, para pengkaji menemui lebih daripada 250 mayat lain, 60% daripada mayat-mayat itu dipercayai telah menjadi mangsa pembunuhan atau pelaksanaan ritual.
Hal ini diketahui kerana banyaknya mayat yang tanpa tangan dan tengkorak. Lebih 50 orang wanita berusia 21 tahun ditemui berhampiran dalam lapisan yang berasingan, dan akhirnya sebuah kubur besar-besaran dengan lebih 40 lelaki dan wanita yang seolah-olah telah dibunuh secara kejam.
Beberapa bukti menunjukkan beberapa orang masih hidup ketika mereka dikuburkan. Terdapat kesan mereka mencakar-cakar, cuba mencari jalan keluar dari longgokan mayat lain.
Penggalian di sekitar Mound 34 telah menemui sebuah bengkel pembuatan barang-barang tembaga Cahokia kuno. Penemuan ini penting kerana sebelum penemuan ini, para pengkaji tidak pasti bagaimana teknologi awal tembaga mula muncul di seluruh Amerika Syarikat.
Setelah 700 tahun, tanah disini masih terlihat tandus.

KERUNTUHAN TAMADUN CAHOKIA
Mungkin bahagian yang paling misteri dari Cahokia adalah bagaimana peradaban ini berakhir dan punah, para sejarawan belum mengetahuinya dengan pasti.
Hipotesis utama adalah hakisan dari perburuan dan penebangan hutan yang berlebihan, pencerobohan dari suku luar, penyakit atau ditinggalkan akibat keruntuhan politik.
Tamadun ini dianggap sudah makmur selama hampir 800 tahun, dan mengingat bagaimana primitifnya teknik pertanian yang ada pada masa itu, maka tidak hairanlah tanah di situ akhirnya tak subur lagi.
Pokok-pokok menjadi jarang dan bahan pencemar dari operasi pembuatan tembaga mentah telah mencemarkan tanah sekitarnya, membuatkan setiap tanaman beracun sebelum dapat dituai.
Kehancuran disebabkan pencerobohan suku luar memang boleh, tapi peratusannya sangat kecil kerana pengkaji tidak menemui bekas-bekas pertempuran dan tidak ada kubur beramai-ramai orang awam yang dijumpai.
Cahokia adalah salah satu daripada 21 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Amerika Syarikat dan merupakan tapak arkeologi terbesar di negara itu. Namun, hanya sedikit rakyat Amerika yang pernah mendengar nama Cahokia...
Ahli arkeologi di Cahokia

Kredit: versesofuniverse

-Debu-

No comments:

Post a Comment