Sunday, December 4, 2016

SEJARAH BANGSA AFRIKA & SUMPAHAN HAM

Selepas banjir besar yang melanda dunia, begitu banyak tamadun telah lenyap. Dan mereka yang tinggal perlu membina balik tamadun yang telah lenyap itu. Oleh itu, mereka yang terselamat telah mendirikan tamadun masing-masing. Antara mereka yang terselamat adalah Nuh as dan 3 orang anak lelaki baginda.
Diriwayatkan bahawa bangsa-bangsa kulit hitam iaitu bangsa Afrika berasal daripada salah seorang daripada 3 anak Nabi Nuh iaitu Ham.
Sulur galur keluarga Ham dikenali sebagai Hamitik atau Hamitic. Ham mempunyai 4 orang anak iaitu Kush (Cush), Mizraim, Phut dan Kanaan (Canaan).
Kush mempunyai 6 orang anak yang masing-masing telah merantau mencari wilayah untuk diduduki. 6 orang anak Kush adalah:
i) Seba: membuka wilayah di Yemen dan Habysah.
ii) Havilah: Selalu dikaitkan dengan sebahagian semenanjung Arab berdekatan Laut Merah.
iii) Sabtah: Membuka wilayah di Hadramaut. Hadramaut adalah wilayah di timur Yaman. Kulit mereka gelap berbeza dengan mereka daripada Yaman barat.
iv) Raamah: Sulur galur kepada etnik Rhammanite yang tinggal di Timur Barat Semanjung Arab.
- Sheba anak lelaki kepada Raamah. Salur galur Sabaeans dan masyarakat di persempadanan Laut Merah (Yemen/South Arabia, dan Eritrea/Ethiopia/Somalia)
- Dedan anak lelaki kepada Raamah. Membuka wilayah di Wilayah Tabuk di Arab Saudi.
v) Sabtechah: Salur galur etnik Sabaean yang tinggal di pelabuhan di Habsyah
vi) Nimrod: Pengasas kerajaan Babel, Akkadia, Sumeria, dan beberapa bandar-bandar di Assyria. Para cendiakiawan masih mengkaji sama ada Asshur (anak kepada Sham bin Nuh) atau Nimrod yang mengasaskan tamadun Assyria.

SUMPAHAN KAUM HAM
Menurut kaum Yahudi dan Kristian, mereka amat mempercayai bahawasanya Kaum Ham atau Hamitik terkena sumpahan akibat Ham bin Nuh telah mengintai Nuh dalam keadaan bogel tanpa sehelai benang akibat mabuk. Nuh berang kerana Ham telah menyebabkan baginda menanggung malu kepada 2 orang anak baginda yang lain.
Akibatnya, Ham telah disumpah keturunannya melalui anak bongsunya iaitu Kanaan (Canaan). Sumpahan Nuh dinyatakan dalam Taurat, Genesis 9:20-27:
''And Noah began to be an husbandman, and he planted a vineyard: And he drank of the wine, and was drunken; and he was uncovered within his tent. And Ham, the father of Canaan, saw the nakedness of his father, and told his two brethren without. And Shem and Japheth took a garment, and laid it upon both their shoulders, and went backward, and covered the nakedness of their father; and their faces were backward, and they saw not their father’s nakedness. And Noah awoke from his wine, and knew what his younger son had done unto him. And he said, Cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren. And he said, Blessed be the LORD God of Shem; and Canaan shall be his servant. God shall enlarge Japheth, and he shall dwell in the tents of Shem; and Canaan shall be his servant.''

HUBUNGAN SUMPAHAN HAM DENGAN KEJADIAN MASAKINI
Dipercayai, aktiviti penghambaan yang bergiat aktif pada abad ke-19 adalah kerana sumpahan Nuh terhadap Ham. Bangsa Afrika terpaksa menjadi hamba di negara yang terkenal dengan sistem penghambaan iaitu Amerika Syarikat.
Aktiviti mula berhenti apabila Abraham Lincoln berkempen menamatkan penghambaan dalam sistem Amerika Syarikat. Dikatakan juga, sumpahan Ham hanyalah untuk menghalalkan cara mereka untuk membenarkan aktiviti penghambaan kaum kulit putih.
Begitu juga, jika di selongkari lebih jauh, wilayah Canaan juga menerima tamparannya apabila wilayah mereka terpaksa diserahkan kepada Kaum Israel.
Walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran tidak dinyatakan langsung perihal Sumpahan Ham oleh Nuh as. Dan persendaan mereka terhadap Nuh as yang dikatakan mabuk sehingga bogel amat-amat memalukan martabat Nuh sebagai Rasul pilihan Allah. Dan Rasul Allah ini adalah maksum, terlindung daripada melakukan dosa-dosa besar.

Wallahua'lam...

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment