Monday, December 26, 2016

BENDA PERTAMA DI DUNIA

Menjadi yang pertama memang akan jadi satu benda yang istimewa. Berikut adalah benda-benda yang pertama dicipta di dunia.

1. Sinar-X Pertama (1895): Röntgen's wife hand

Pada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.

2. Pencakar Langit Pertama (1885): Bangunan Insurans Nyawa Di Chicago

Ketinggiannya 42 meter direkodkan pada 1885 di Chicago, Illinois dan kemudian diubahsuai semula pada 1931. Gedung ini ialah bangunan untuk 'Home Insurance Building' yang mempunyai 10 tingkat.

3. Web Server Dan Web Site Pertama (1990): a NeXT computer at CERN

Info.cern.ch adalah alamat website dan web server pertama di dunia. Dilayari menggunakan NeXT computer at CERN. Alamat web lengkap yang pertama kali adalah http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.

4. Fotografi Pertama (1826): "View from the Window at Le Gras"

Berabad-abad kemajuan dalam kimia dan optik, termasuk penemuan kamera obscura, menjadikannya pelopor untuk foto pertama di dunia. Pada tahun 1826, ilmuwan Perancis, Joseph Nicéphore Niépce, mengambil foto itu berjudul "View from the Window at Le Gras" di rumah keluarganya.

5. Karya Novel Pertama (1007): Tale of Genji

Lebih dari beribu tahun yang lalu, lebih kurang 1007 M, novel yang berjudul 'Tale of Genji' mengisahkan cerita seorang lelaki yang sedang mencari cinta dan banyak kali dia bertemu wanita di sepanjang jalan. Ditulis oleh orang Jepun yang bernama Murasaki Shikibu.

6. MP3 Player Pertama (1998): MPMan 32 MB

Dilancarkan pada tahun 1998, MP3 Player pertama di dunia, terdiri dari 32 MB dan 64 MB. Harganya pula ialah $69.

7. 'Mouse' Komputer Pertama (1964): Douglas Engelbart

Mouse pertama di dunia dicipta oleh Douglas Engelbart pada 1964, terdiri darpada dua 'sliding wheel' dan dibuat daripada kayu.

8. Motor Pertama (1885): Daimler's "riding car"

Kenderaan bermotor pertama dicipta dan dibangunkan oleh orang Jerman iaitu Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt (Stuttgart) pada 1885. Walaupun ada yang mengatakan sudah wujud Reitwagen (kereta kuda bermotor). Kenderaan pertama ini digerakkan dengan minyak tanah.

9. Bangunan Motel Pertama (1925): Motel Inn

'Motel Inn' di San Luis Obispo, California, motel pertama di dunia. Dibina pada 1925 oleh arkitek LA, Arthur Heineman. 'Motel Inn' ini diberi nama Milestone Mo-Tel. Kos untuk satu malam adalah $1.25 dan masih beroperasi sehingga hari ini.

10. Majalah Pertama (1731): The Gentleman's Magazine

The Gentleman's Magazine diterbitkan pada 1731 di London, dan dianggap sudah menjadi majalah pertama. Edward Cave yang bertanggungjawab dalam suntingan 'The Gentleman's Magazine'.

11. Kereta Berkonsep Pertama (1938): Buick Y-Job

Dirancang pada tahun 1938 oleh perancang terkenal General Motors Harley Earl, Buick Y-Job dan dianggap sebagai kereta berkonsep pertama. Kereta itu mempunyai lampu tersembunyi yang dapat dioperasikan, "gunsight" ornamen kap, bumper pelindung, digunakan oleh Buick hingga tahun 1950-an.

12. Cover Album Pertama (1938): Smash Song Hits by Rodgers and Hart

Direka oleh Alex Steinweiss, seorang pereka yang berumur 23 tahun, telah mencipta album cover ini pada 1938 untuk Piring Hitam Columbia. Album ini berjudul Smash Song Hits by Rodgers and Hart.

13. Microprosesor Pertama (1971): Intel 4004

Pada November 1971, Syarikat Intel menghasilkan micro prosessor pertama, Intel 4004 (U.S. Patent #3,821,715), diciptakan oleh Federico Faggin, Ted Hoff dan Stan Mazor.

14. Kamera Digital Pertama (1975): Created by Kodak's engineer Steve Sasson

Pada Disember 1975, Engineer Kodak, Steve Sasson mencipta kamera digital ini. Berukuran pembakar roti dan resolusi 100×100 - atau 0.01 megapixels.

15. Teka-Teki Silang Pertama

Pada tahun 1913, Arthur Wynne memiliki pekerjaan menyusun halaman teka-teki mingguan untuk Fun, sebahagian dari halaman komik dari New York World, sebuah akhbar utama waktu itu.

16. Laptop Pertama

Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985. Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY), processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.

17. Kasut Roda Pertama

Kasut roda yang dikatakan dicipta pada 1897 ini adalah contoh aneh 'Road Rollers', yang sangat popular dengan pengusaha London pada zaman Victoria, di mana mereka memakainya dan meluncur ke tempat kerja. Setiap pemakai kasut dengan dua roda yang tinggi, ditempatkan satu di depan dan satu di belakang. Bagi pengguna mahir, mereka boleh mencapai kelajuan sehingga 16mph di sepanjang permukaan yang halus.

Kasut ini diikatkan ke kaki si pemakai dengan tali dipasang ke kaki bersama potongan kayu kuning, dan beratnya lebih dari £ 40 masing-masing. Kasut ini dijual di London oleh the Road Skate Co of Oxford Street selepas penemuan mereka pada tahun 1897, dan diiklankan sebagai 'ankle-friendly'. Ramai percaya bahawa kasut ini direka selepas ramai penggemarnya dari pertengahan tahun 1890-an.

-Debu-

No comments:

Post a Comment