Sunday, December 4, 2016

Jangan sombong kepada Allah

Orang beriman tidak pernah jatuh hanya kerana ujian dn cubaan hidup yg menimpanya. Orang beriman selalu berfikiran positif. Dia mengambil hikmah d sebalik semua ujian dn menjadikannya sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.
Sebaik-baiknya, seorang muslim hendaklah mendidik dirinya agar tidak sombong dn tidak merasakan dirinya terlalu suci. Hal ini kerana, tiada seorang pn yg mengetahui bagagimanakah pengakhiran dn nasib perjalanan hidup mereka.
Tidak ada apa2 yg mampu kita sombongkan. Lemahnya kita berbanding dengan kekuasaan Allah swt. Malah kita mampu membuka mata pada setiap pagi hanya disebabkan belas kasihan dn rahmat Allah swt. Kesihatan dn kesegaran badan, reski yg melimpah, hanyalah bonus daripada Allah swt untuk kita.
Betapa luasnya ciptaan Allah swt d dunia ini. Entah berapakah gugusan bimasakti yg ada d planet ini, kita tidak mempunyai kemampuan untuk menghitungnya. Bahkan manusia juga tidak sanggup untuk mengukur luasnya bentangan ruang, waktu dn tempat kita dilahirkan, membesar, dn ditelan kematian.

Untuk apakah sebenarnya kesombongan dn keangkuhan itu?
Allah swt dengan sifat rahman dn rahim-Nya, tidak akan membiarkan hamba-Nya tersesat, kecuali jika hamba itu sendiri yg menghendakinya.
Orang yg sombong belum tentu mendapat kedudukan d syurga. Sebaliknya, orang yg menyedari bahawa dirinya memiliki dosa yg bnyak, tidak boleh berputus asa. Jangan merasakan bahawa pintu taubat telah tertutup sehingga seseorang membiarkan dirinya terjerumus dalam kesesatan dn kemungkaran bahkan terlalu seronok menikmatinya.
Jika tidak melakukan ibadah, hati akan terasa hambar bahkan akan mati. Seolah-olah tubuh yg memerlukan makanan sihat dn bergizi, kesegaran iman hanya boleh diraih dengan ibadah yg benar, tunduk kerana takut dn kekhusyukan kepada Allah.
Membaca ayat al-quran yg mengandungi ancaman, kitab yg membahaskan tentang akhirat atau ceramah yg akan melembutkan hati..
Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah saw bermohon dalam salah satu doanya:
"ya Allah, bantulah aku dn jangan kau kalahkan aku. Tolonglah aku dn jangan kau celakakan. Buatlah perancangan untukku dn jangan kau buat perancangan yg akan menyerangku. Tunjukkanlah aku dn mudahkanlah petunjuk itu datang kepadaku. Tolonglah aku dalam menghadapi orang yg menentangku. Ya Allah, jadikan aku sebagai hamba yg bersyukur, berzikir, takut, patuh dn beribadah kepada-mu d hadapjn-mu. Kepada-mu lah aku lembali. Ya Allah, terimalah taubatku, bersihkanlah dosaku, kabulkanlah doaku, kukuhkanlah hujahku, tajamkanlah lisanku, berilah hatiku hidayah dn singkirkan noda hitam dari hati."(Hadis Riwayat Tirmizi)
Sikap merendahkan diri kepada Allah swt juga akan membuahkan tawakal, yg merupakan bahagian daripada kesempurnaan iman.
Namun, tawakal bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu mempasrahkan segala sesuatu tanpa melakukan usaha sedikit pn. Tawakal mestilah diiringi dengan usaha dn doa, bukan dengan mempasrahkan diri secara mutlak tanpa buat apa2.
Rasa rendah diri kepada Allah swt melahirkan ketundukan, kepasrahan, serta berbaik sangka kepada takdir Allah swt.
Wallahu a'lam...

-Yujin Kahfi-

No comments:

Post a Comment