Tuesday, December 27, 2016

DERINKUYU: KOTA KUNO BAWAH TANAH TURKI


Jauh di dalam bawah tanah di Kota Cappadocia Turki terdapat sebuah kota kuno. Diukir dari batuan, Derinkuyu adalah salah satu dari lima kompleks yang saling berhubung dengan jumlah kapasitinya boleh mencapai 100,000 orang.
Di wilayah Cappadocia, terdapat beberapa kota kuno bawah tanah. Diukir dari formasi geologi yang unik, sebahagian besar kota ini kembali digunakan oleh orang-orang Kristian pada awal abad ke-20 sebagai tempat persembunyian.
Lebih dari 200 kota bawah tanah ditemui di antara Kayseri dan Nevsehir. Sekitar 40 kota di antaranya memiliki tiga tingkat. Kota Derinkuyu dan Kaymakli adalah contoh kota bawah tanah terbaik yang dijadikan sebagai tempat tinggal.
Kompleks terbesar kota bawah tanah di Cappadocia terdiri dari 18 tingkat, sedalam 85 m. Di dalamnya terdapat air segar yang mengalir, perudaraan, tempat tinggal yang dibahagikan, bilik, telaga, perkuburan, bilik simpanan senjata dan jalan untuk melarikan diri.
Satu kompleks ini mampu dijadikan sebagai tempat tinggal bagi 20,000 orang. Untuk peredaran udaranya, sebanyak 52 lubang udara dibuat, dimana salah satunya mencapai kedalaman 55 m.
Beberapa telaga air memang sengaja tidak dihubungkan dengan permukaan, kemungkinan untuk melindungi penghuninya dari keracunan jika diserang oleh pihak musuh.
Derinkuyu adalah kota kuno bawah tanah multi-level di daerah Derinkuyu, Nevsehir, Turki. Dengan 13 tingkat yang memanjang hingga mencapai kedalaman sekitar 85 m, kompleks yang cukup besar untuk tempat tinggal ribuan orang awam dengan haiwan ternakan dan gerai makanan.
Derinkuyu merupakan kota kuno bawah tanah terbesar yang pernah digali di Turki dan merupakan sebahagian daripada beberapa kompleks bawah tanah yang ditemui di Cappadocia.
Beberapa pengkaji Turki berpendapat, bangsa Hittite yang membina tingkat pertama Kota Derinkuyu untuk dijadikan sebagai gudang, kerana kesan peninggalan bangsa Hittite ditemui oleh penduduk setempat ketika mereka ingin membina rumah mereka. Kota Hittite kuno Göllü Dagi ini berada 20 km sebelah barat daya Derinkuyu.
Kemungkinan gua-gua pertama mula diperdalamkan pada batuan vulkanik di wilayah Cappadocia oleh bangsa Phrygia, iaitu sebahagian dari bangsa Indo-Eropa kuno, pada abad ke-7 hingga ke-8 SM.
Ketika penggunaan bahasa Phrygia punah di zaman Romawi Kuno dan digantikan dengan bahasa Yunani, para penduduk yang beragama Kristian telah menambahkan gua-gua bawah tanah mereka dengan bangunan gereja dan prasasti berhuruf Yunani.
Derinkuyu ditemui kembali pada tahun 1963 secara tidak sengaja seorang penduduk yang terjumpa sebuah pintu rahsia di sebuah rumah yang baru dibelinya.
Dinding gua dibuka untuk mengungkapkan bagaimana kehidupan ribuan kota kuno bawah tanah yang dalamnya lebih dari 280 kaki. Kota bawah tanah Derinkuyu dibuka untuk pengunjung pada tahun 1965, namun setakat ini hanya 10% yang dapat dikunjungi.
Untuk masuk ke dalamnya, mereka harus melalui terowong dan masuk secara merangkak. Salah satu terowong di tingkat ketiga Derinkuyu diyakini berhubung ke kota bawah tanah terdekat dari Kaymakli yang jaraknya 5 km.
Hingga kini, para pengkaji belum dapat lakukan ujian karbon terhadap batu yang ada di dalam gua, sehingga sulit untuk menentukan usia kota bawah tanah Derinkuyu.
Secara keseluruhan, kota kuno bawah tanah yang ada di Cappadocia sangat luas. Hasil daripada imbasan (scan) geo radiasi, menunjukkan luasnya sekitar 65 kali padang bola sepak.
Kredit:
cappadociaturkey
ancient-wisdom
crystalinks

-Debu-

No comments:

Post a Comment