Sunday, December 4, 2016

KELEMBUTAN ISLAM DALAM MENGHAPUSKAN SISTEM PERHAMBAAN



Sistem perhambaan telah lama wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Kerajaan besar seperti Dinasti China dan Kerajaan Rom semua mempraktikkan sistem perhambaan.
Begitu juga dengan masyarakat Arab jahiliyah juga mempunyai perhambaan yang telah sebati dengan jiwa raga masyarakat itu sejak beratus tahun.
Kaum Nabi Musa as iaitu Bani Israel juga merupakan golongan hamba kepada Fir'aun.
Maka apabila Islam datang, sistem perhambaan ini tidak dihapuskan malahan ia telah diterima dan diterap ke dalam sistem perundangan Islam sendiri.
Hukum bagi hamba adalah seperti berikut:-
1) Hamba adalah hak mutlak tuannya.
Hamba boleh dijual, dibeli, dihadiahkan kepada orang lain atau dimerdekakan mengikut kehendak tuannya.
2) Seorang hamba perempuan boleh diperisterikan tanpa sebarang pernikahan.
Menurut beberapa riwayat, Nabi Muhammad saw mempunyai seorang isteri yang bernama Maria al-Qibtiyyah yang merupakan seorang hamba yang dihadiahkan kepada baginda oleh kuasa Mesir pada masa itu. Dari Maria ini lahir anak Nabi saw yang diberi nama Ibrahim. Tetapi anak itu meninggal ketika berusia beberapa bulan sahaja.
3) Jika tidak dimerdekakan, kesemua keturunan hamba itu akan menjadi hamba juga kepada tuannya.
Jika hamba perempuan yang diperisterikan melahirkan anak perempuan, maka anak itu juga akan menjadi hamba kepada bapanya dan boleh diperisterikan juga seperti ibunya.
4) Tuan akan mewarisi segala harta pusaka si hamba jika hamba itu meninggal dunia. Tetapi hamba tidak boleh mewarisi harta tuannya.
MENGAPA ISLAM TIDAK MENGHAPUSKAN PERHAMBAAN?
Sebab utama ialah kerana sistem perhambaan telah menjadi sebati dengan jiwa masyarakat Arab pada masa itu. Ia adalah amalan turun-temurun yang telah beratus tahun lamanya.
Untuk menghapuskannya, sudah tentu akan mendapat tentangan yang hebat dari mereka. Sedangkan Islam baru sahaja mula bertapak.
Islam lebih mengutamakan ajaran mengesakan ALLAH swt dan menerima perhambaan supaya masyarakat itu senang menerima ajaran Islam.
BAGAIMANA PERHAMBAAN TERHAPUS?
Walaupun Islam tidak mengharamkan atau menghapuskan perhambaan secara langsung, Islam sangat menggalakkan pembebasan hamba sebagai satu amal ibadah yang tinggi ganjarannya.
Saidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal dengan harga yang sangat tinggi. Selain itu, banyak hukum bagi menebus sesuatu kesalahan adalah dengan membebaskan hamba. Lama kelamaan, semakin ramai hamba yang dibebaskan.
Dan semakin Islam tersebar luas di seluruh dunia, banyaklah hamba-hamba diluar masyarakat Arab juga turut terbebas dari belenggu perhambaan. Maka akhirnya, sistem perhambaan itu terhapus dengan cara semula jadi tanpa banyak tentangan.
Dengan terhapusnya sistem ini, maka pada hari ini semua hukum hakam mengenai hamba sudah dimansuhkan dan tidak boleh lagi diamalkan walaupun hukum itu masih boleh dibaca dalam al-Quran.
Wallahua'lam...

Kredit: kalam-insani

-Debu-

No comments:

Post a Comment