Tuesday, December 6, 2016

KORANG TAU TAK?? 2


1. Tustin Muins, 6 tahun daripada North Platte, Nebraska telah memandu lori sejauh beberapa batu sehingga dia menemui pengawai polis yang sedang bertugas. Tindakan nekad Muins yang ketika itu masih lagi berumur 6 tahun adalah disebabkan oleh bapanya yang diserang penyakit jantung ketika sedang memandu.
Tindakan berani adalah untuk menyelamatkan nyawa orang tersayang (walaubagaimanapun, bapa Muins didapati telah meninggal dunia sewaktu pegawai polis menemuinya).


2. Jantung seekor paus hanya berdenyut 10 kali dalam seminit. Satu jumlah yang sedikit berbanding saiz jantungnya yang sangat besar.


3. Shih Huang Di (259 BC-210 BC) adalah maharaja pertama China. Beliau telah dikebumikan di sebuah kawasan rahsia di bawah tanah. Satu dokumen purba menggambarkan bahawa kawasan perkebumian maharaja tersebut dipenuhi oleh sungai yang airnya adalah merkuri. Sehingga ke hari ini, kawasan perkebumian tersebut masih belum ditemui.


4. Sebuah simpang T di Aizu-Wakamatsu, Fukushima Prefecture, Jepun mempunyai dua batang lampu trafik yang bertukar hijau pada waktu yang sama selama 30 tahun. Ajaibnya, hanya satu kemalangan sahaja yang berlaku sepanjang 30 tahun tersebut iaitu pada Jun 2009!


5. Aya Ali Al-Mulla daripada Arab Saudi memenangi pertandingan ratu cantik tanpa menunjukkan wajahnya. Beliau bertekad memakai purdah dalam pertandingan yang memperagakan kecantikan tersebut.


6. Pasir yang dipanah petir akan serta-merta bertukar menjadi kaca. Kaca tersebut digelar Fulgurite!


7. Susulan gegaran sekuat 7.8 skala Richter di Tasman Sea pada Julai 2009, membuatkan sebuah pulau di utara New Zealand beranjak 12 inci lebih dekat kepada Benua Australia.


8. China mempunyai stok wang asing paling besar di dunia iaitu $2,000,000,000,000. Ia menjadikan China antara kuasa besar dalam penguasaan mata wang di dunia!

-Debu-

No comments:

Post a Comment