Friday, March 3, 2017

GAMBAR 'RAISING THE FLAG ON IWO JIMA' YANG MENCETUSKAN IDEA KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN ADALAH HOAX!!

Tugu Iwo Jima
Tugu enam orang tentera Amerika Syarikat menaikkan bendera bukan sahaja menjadi simbol kemenangan Amerika Syarikat tetapi turut mencetuskan idea kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk membina tugu seperti mana tugu tentera Amerika Syarikat tersebut.
Tugu ilham Tunku yang dikenali 'Tugu Negara' kemudiannya siap dibina pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu individu yang sama mengukir tugu yang dilihat Tunku di Amerika Syarikat.
Tugu Negara
Sebenarnya, bukan Tunku seorang sahaja yang kagum dengan sisi dramatik dan semangat perjuangan yang dipamerkan pada tugu tersebut, akan tetapi hampir seluruh pemimpin dunia teruja sejak ia dinaikkan pada 10 November 1954.
Tugu tentera Amerika Syarikat menaikkan bendera tersebut dikenali sebagai 'Tugu Iwo Jima' sempena insiden sebenar yang berlaku di Iwo Jima pada tahun 1945.
Tugu tersebut dibina berdasarkan gambar foto yang diambil oleh seorang wartawan perang, Joe Rosenthal pada 23 Februari 1945.
Berbanding dengan Tugu Negara, Tugu Iwo Jima mempunyai nilai sentimental yang tersendiri kerana keenam-enam tentera yang ditugaskan menaikkan bendera tersebut adalah individu yang pernah hidup. Mereka adalah, Sgt Michael Strank, Cpl Harlon Block, PFC Franklin Sousley, PFC Rene Gagnon, PFC Ira Hayes dan PM2 John Bradley.
Bukit Suribachi yang terkenal di Pulau Iwo Jima
HANYA SEKADAR LAKONAN
Walaubagaimanapun, gambar foto yang diambil di Bukit Suribachi tersebut adalah foto yang kedua selepas seorang komander tidak berpuas hati dengan foto pertama yang telah diambil pada awal pagi.
Komander tersebut tidak berpuas hati kerana tiada sisi-sisi dramatik dan nilai patriotik yang mungkin boleh dipersembahkan kepada seluruh rakyat Amerika Syarikat.
Akhirnya, gambar pertama terpaksa diabaikan dan diambil gambar yang kedua untuk diedar kepada seluruh akhbar dan arkib negara bagi melancarkan propaganda perang.
Meskipun tiada seorang pun daripada keenam-enam orang tentera tampil untuk berkata ia adalah sekadar lakonan, namun apa yang pasti ia adalah lakonan yang digunakan untuk menampilkan gaya yang lebih agresif semata-mata untuk menonjolkan kemenangan Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua.
Hanya sekadar lakonan...
Kepada siapa yang mengagumi foto 'Raising the Flag on Iwo Jima', anda perlu tahu ia adalah sekadar HOAX kerana gambar yang sebenar adalah yang ini!
Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment