Sunday, February 5, 2017

STONEHENGE TELAH MENJADI TARIKAN PENGUNJUNG SEJAK RIBUAN TAHUN DAHULU

Sememangnya diketahui bahawa Stonehenge sentiasa dikunjungi oleh berjuta-juta pelancong setiap tahun. Itu adalah satu yang normal kerana Stonehedge terkenal sebagai tapak warisan purba yang berusia ribuan tahun.
Namun, tahukah anda bahawa ada penemuan mendedahkan bahawa Stonehenge telah pun menjadi daya tarikan ‘pelancong’ untuk mengunjunginya sejak 2000 SM lagi.
Ahli arkeologi telah menemui rangka manusia yang berusia kira-kira 1550 SM selepas dilakukan pentarikhan karbon. Manakala, pada ketika itu, usia Stonehedge telah pun mencapai 1500 SM.
Dianggarkan usia rangka manusia tersebut adalah 14 hingga 15 tahun. Beliau kemungkinan datang ke Britain menggunakan bot kayu yang primitif melalui Selat Inggeris daripada Sepanyol, Itali, Greece atau Perancis.
Ketika ditemui, rangka tersebut bersemadi dalam keadaan mengiring bersama-sama rantai batu Amber yang cantik. Kubur tersebut terletak tidak sampai satu kilometer daripada Stonehenge.
Dianggarkan bahawa rangka budak yang dikenali sebagai 'Boy in the Amber Necklace' hidup ketika dunia masih lagi mengalami Zaman Gangsa.
Boy in the Amber Necklace
Rantai Amber yang dipakainya
Sebelum penemuan yang bersejarah ini, terdapat kira-kira dua penemuan lain yang hampir sama dengan penemuan kali ini. Penemuan paling awal adalah penemuan rangka manusia yang digelar 'Amesbury Archer' pada tahun 2002 yang mana ia ditanam bersama-sama harta karun yang terdiri daripada emas dan tembaga. Melalui bentuk rangkanya, dipercayai manusia tersebut berasal daripada penggunungan Alps.
Seterusnya, ahli arkeologi berjaya menemui sekumpulan rangka manusia yang digelar 'Boscombe Bowmen' yang terdiri daripada tujuh lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kubur mereka ditemui berdekatan dengan kubur 'Amesbury Archer' pada tahun 2003. Kedua-dua kubur misteri ini ditanam tidak jauh daripada monumen Stonehenge.
Daripada analisis gigi rangka purba tersebut, ia dipercayai berasal dari Wales atau Lake District dan berusia kira-kira 2500 SM.
Ketiga-tiga penemuan ini mengejutkan ahli arkeologi dan para saintis. Saintis tidak menolak kemungkinan Stonehenge ketika itu telah pun menjadi tempat tarikan manusia daripada segenap pelusuk dunia.
Mereka sanggup datang daripada jauh bagi melihat dengan mata kepala sendiri kehebatan dan keagungan Stonehenge sepertimana manusia pada zaman moden sekarang.
Persoalannya,
Adakah Stonehenge ibarat Kaabah bagi orang-orang Eropah zaman dahulukala? Tempat yang dituju untuk melaksanakan ibadat, berdoa, bermunajat atau bertaubat!
Wallahua'lam...

Kredit:
takusahrisau
dailymail

-Debu-

No comments:

Post a Comment