Thursday, February 2, 2017

PETA DUNIA TERUKIR DI BATU

Batu ini adalah 'peta dunia' atau 'globe' yang ditemui pada tahun 1984 ketika penggalian emas di Ecuador dalam sebuah sistem terowong bawah tanah bersama dengan 350 artifak lain. Artifak-artifak tersebut tiada satu pun sepadan dengan budaya suku kaum yang pernah ada di Amerika Selatan.
Pada peta batu ini ada garis kuarza berwarna putih. Pada salah satu bahagian batu peta dunia ini, ada ukiran mirip mata yang terletak kira-kira di Timur tengah, berhampiran dengan Arab Saudi.
Dari mata ini, mengikuti garis kuarza ke kanan merentasi utara India dan Thailand. Dan juga terdapat sebuah pulau yang panjang di sebelah kanan.
Penyelidikan Profesor Kimura membuat kesimpulan bahawa dari pulau paling utara Jepun sampai jauh ke bawah selepas Taiwan, pernah ada sebuah benua yang besar. Jika begitu, peta dunia ini tentu lebih tua, sekurang-kurangnya 10,000 hingga 12,000 tahun.




Gambar close-up, dengan mudah boleh lihat Teluk Guayaquil. Garis ukiran ke atas dan garis bulatan menunjukkan tempat di mana artifak ini ditemui.

Kredit: versesofuniverse

-Debu-

No comments:

Post a Comment