Thursday, February 2, 2017

MISTERI TEROWONG JEPUN DI KUNAK, SABAH

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak. Terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut.
Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh pekerja estet yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.
Ada juga peneroka yang cuba memasuki
terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
Setiap tahun, dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan.
Juga difahamkan, terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu.
Kredit: takmungkinbenar

-Debu-

No comments:

Post a Comment