Monday, November 28, 2016

EVOLUSI BOLA RASMI PIALA DUNIA

Berikut adalah gambar evolusi bola rasmi Piala Dunia FIFA dari piala dunia 1930 sehingga Piala Dunia 2014.
Dalam gambar-gambar berikut, kita dapat lihat macam mana bola berubah daripada bola yang awal sekali digunakan sehingga yang paling akhir.
Lihat bola yang digunakan bermula pada tahun 1930 sehingga 1982. Selepas itu Adidas menggunakan sintetik sepenuhnya.

1. T-Shape (Piala Dunia 1930 Uruguay)
Bola ini merupakan salah satu dari dua bola yang digunakan dalam perlawanan akhir antara Argentina dan Uruguay. Bola tersebut dibawa oleh pasukan Uruguay, begitu juga dengan Argentina yang membawa bolanya sendiri.

Pada mulanya, Argentina dan Uruguay sama-sama tidak setuju untuk memilih salah satu dari kedua bola untuk dimainkan. Kemudian kedua pasukan sepakat untuk menggunakan bola yang dibawa oleh Argentina pada separuh masa pertama dan menggunakan bola yang dibawa Uruguay pada separuh masa kedua.

Argentina mendahului pada separuh masa pertama dengan skor 2-1. Bagaimanapun, Uruguay menyusul pada separuh masa kedua dengan skor 4-2 menggunakan bola mereka.

Disebut T-Shape kerana ditandakan dengan bentuk T dari panel tersebut. Ada 12 panel T pada bola tersebut. Bola ini dijahit dengan renda yang membuatkan bola ini mengembung seperti yang dapat anda lihat pada gambar.

2. The Federale 102 (Piala Dunia 1934 Italy)
Piala Dunia kedua ini diadakan di Itali dari 27 Mei - 10 Jun. Itali dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada kongres Berlin Oktober 1932.

Ini adalah Piala Dunia pertama di mana setiap pasukan harus memenuhi syarat jika mahu mengambil bahagian. Sebanyak 32 negara mengikuti pertandingan kelayakan, akhirnya 16 pasukan yang terpilih.

Itali menjadi juara Piala Dunia kedua, mengalahkan Cekoslowakia dengan skor 2-1.

Bola ini dibuat dari 12 panel yang dipotong. Bola ini juga dijahit dengan renda.

3. Allen (Piala Dunia 1938 Perancis)

Piala Dunia FIFA ketiga ini diadakan di Perancis dari 4 Jun – 19 Jun. Perancis terpilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada bulan Ogos 1936.

Itali mempertahankan gelaran juaranya, mengalahkan Hungary 4-2 semasa perlawanan akhir.

Bola ini memiliki 13 panel kulit.

4. Super Duplo T (Piala Dunia 1950 Brazil)
Piala dunia FIFA keempat ini diadakan di Brazil dari 24 Jun -16 Julai. Piala Dunia ini yang pertama diadakan selepas Perang Dunia Kedua. Brazil terpilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada bulan Julai 1946.

Ini juga merupakan pertandingan yang pertama kalinya piala dunia itu disebut sebagai 'Piala Jules Rimet', sempena 25 tahun Rimet menjadi Presiden FIFA.

Piala Dunia ini dimenangi oleh Uruguay dengan mengalahkan tuan rumah Brazil 2-1 di pertandingan penentuan kelompok empat pasukan terakhir (ini merupakan pertandingan yang tidak ditentukan oleh pertandingan akhir).

Bola ini terdiri dari 12 panel. Model ini merupakan model pertama yang tidak dijahit dengan renda untuk mengembungkan bola.

5. Swiss World Champion Match Ball (Piala Dunia 1954 Swiss)
Piala Dunia FIFA kelima ini diadakan di Swiss dari 16 Jun - 4 Julai. Pada tahun ini pula FIFA meraikan peringatan ke-50 Tahun, bertepatan dengan hal itu, maka FIFA memutuskan untuk mengadakannya di pusat pemerintahannya di Swiss, dan Swiss dipilih sebagai tuan rumah pada bulan Julai 1946.

Pertandingan ini dimenangi oleh Jerman Barat, yang mengalahkan Hungary 3-2 pada perlawanan akhir.

Bola ini terdiri dari 18 panel kulit yang dipotong. Alasan menggunakan panel dipotong kerana tujuannya adalah untuk mendapatkan bola paling “espherical”.

Bola ini juga merupakan bola pertama dalam warna yang berbeza iaitu kuning. Pada permukaannya dicetak dengan perkataan 'SWISS WORLD CHAMPION MATCH BALL'.

6. Piala Dunia 1958 Sweden
Piala Dunia keenam ini berlangsung di Sweden dari 8 Jun - 29 Jun. Sweden dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada bulan Jun 1950.

Piala dunia kali ini dimenangi oleh Brazil, yang mengalahkan Sweden 5-2 di final.

Reka bentuk bola ini sangat mirip dengan model 1954, namun panelnya tidak dipotong. Bola ini terdiri dari 18 panel kulit.

7. Crack (Piala Dunia 1962 Chile)
Piala Dunia ketujuh ini berlangsung di Chile dari 30 Mei - 17 Jun. Chile dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada bulan Jun 1956, sekaligus membawa Piala Dunia kembali ke benua Amerika Selatan setelah 12 tahun.

Piala Dunia kali ini dimenangi oleh Brazil, yang pertahankan gelarannya dengan mengalahkan Cekoslowakia 3-1 di final.

8. Challenge (Piala Dunia 1966 England)
Piala Dunia kelapan ini berlangsung di England dari 11 Julai - 30 Julai. England dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada Ogos 1960 untuk 'Sambutan Penyeragaman Seratus Tahun' bola sepak di England.

England memenangi perlawanan akhir, mengalahkan Jerman Barat 4-2.

9. Telstar (Piala Dunia 1970 Mexico)
Adidas mula menghasilkan bola sepak pada tahun 1963 tetapi pembuatan rasmi pertama bola Piala Dunia FIFA pada tahun 1970.

Bola pertama digunakan dalam Piala Dunia dengan menggunakan reka bentuk jenis Buckminster. Ini adalah bola pertama dengan 32 panel hitam dan putih.

Telstar mudah dilihat pada televisyen hitam putih. Piala Dunia FIFA 1970 Mexico adalah yang pertama disiarkan secara langsung di televisyen.

10. Telstar Y Chile (Piala Dunia 1974 Jerman Barat)
Telstar kembali digunakan. Versi lain adalah Durlast Chile, bola yang tidak memiliki panel hitam.

11. Tango River Plate (Piala Dunia 1978 Argentina)
Bola yang menggambarkan reka bentuk elegan dan dinamisme.

12. Tango Espana (Piala Dunia 1982 Sepanyol)
Adidas memperkenalkan bola baru yang dilengkapi getah hias di atas lapisan-lapisan untuk mencegah air merembes masuk.

Bola pertama dengan kualiti kedap air dalam penggunaannya kerana ketahanan bahan/getah yang tidak memiliki ketahanan yang lama, maka perlu diganti selama pertandingan.

Kulit asli terakhir bola piala dunia.

13. Azteca (Piala Dunia 1986 Mexico)
Merupakan bola pertama dilapisi dengan 'polyurethane' yang tahan hujan. Bola dengan bahan sintetik pertama, dengan kualiti yang baik pada permukaan yang keras dan basah.

14. Etrusco Unico (Piala Dunia 1990 Itali)
Bola pertama dengan lapisan 'internal foam polyurethane' hitam.

15. Questra (Piala Dunia 1994 Amerika Syarikat)
Bola ini diselimuti lapisan plastik foam. Ini tidak hanya membuat lebih tahan air, tetapi lebih memungkinkan percepatan bola ketika ditendang.

Bola permainan yang baru terasa lebih lembut untuk disentuh. Peningkatan kawalanl bola dan kecepatan yang lebih tinggi ketika bermain.

16. Tricolore (Piala Dunia 1998 Perancis)
Pada tahun 1998, Piala Dunia FIFA Perancis menggunakan bola merah-putih-biru (tricolore). Perubahan besar dari tradisi lama pola hitam dan putih.

Bola rasmi pertama Piala Dunia yang berwarna.

17. Fevernova (Piala Dunia 2002 Korea - Jepun)
Untuk FIFA World Cup 2002, Adidas membuat sebuah bola dimana lapisan dalamnya lebih tebal untuk meningkatkan ketepatan bola semasa hantaran jauh/tinggi.

18. Teamgeist (Piala Dunia 2006 Jerman)
Penerapan teknologi terbaru bola sepak, Adidas + Teamgeist Berlin, Match Ball. Dihasilkan untuk pertandingan final di Berlin pada 9 Julai.

19. Jabulani (Piala Dunia 2010 Afrika Selatan)
'JABULANI' bermaksud “untuk merayakan”. Bola Adidas ini menjadi satu-satunya bola yang digunakan selama sebulan penuh dalam pertandingan Piala Dunia yang dimulai pada bulan Jun.

11 adalah jumlah besar yang berhubungan dengan 'JABULANI' kerana olahragawan/pemain mengesan ada 11 warna berbeza.

Hal ini dipilih kerana;

i) ada 11 pemain yang mengambil bahagian dalam setiap pasukan selama pertandingan Piala Dunia

ii) 11 bahasa rasmi Afrika Selatan (Ido dituturkan oleh 25% dari orang)

iii) ada 11 suku-suku Afrika Selatan yang membuatkan negara itu sangat beragam/majmuk.

20. Brazuca (Piala Dunia 2014 Brazil)
Bola ini digunakan sebagai bola rasmi untuk Piala Dunia 2014.

Brazuca, nama bola yang dipilih melalui undian dan 70% orang memilih nama tersebut.

Memiliki 6 panel. Bola tersebut memiliki beberapa kelebihan antara lain; Kecepatan terbang jauh, lebih tinggi dan lebih cepat.

-Debu-

No comments:

Post a Comment