Kucing Ragdoll merupakan salah satu baka kucing terbesar di dunia yang mana pada awalnya telah dikembangkan oleh Ann Baker dari Amerika Syarikat. Menurut cerita, baka Ragdoll ini telah terhasil secara kebetulan di mana tiga jenis baka kucing yang berlainan telah disilangkan (crossbreed) dan hasil daripada perkahwinan (Anggora, Siamese dan Parsi) inilah anak kucing yang digelar Ragdoll dihasilkan.
Kucing baka Ragdoll mempunyai badan yang agak besar di samping berat badan yang seimbang, dada lebar dan pinggul yang besar. Lazimnya berat badan seekor kucing baka Ragdoll jantan boleh mencapai sehingga 6-10 kg manakala 5-7.5 kg bagi ragdoll betina.
Seperti baka kucing Himalaya dan Siam, Ragdoll adalah kucing dengan gen warna "point". Lazimnya anak Ragdoll lahir berwarna putih, lalu dengan perlahan-lahan akan muncullah warna yang lain pula. Semakin dewasa kucing ini, warnanya pula akan menjadi semakin pekat.
Tidak seperti kucing baka Parsi, bulu kucing Ragdoll tidak perlu di sikat terlalu kerap. Kucing Ragdoll agak jinak dan mudah rapat dengan manusia. Ragdoll kucing yang sopan, tidak suka melompat-lompat dan tidak akan keluar mencakar semasa bermain. Malahan meow ni suka greet owner kat depan pintu, main dgn owner, tidur dengan owner, semua dgn owner.
Harga kitten ragdoll yang dijual di Malaysia (diimport dari luar dan memiliki pedigree certificate) mencecah RM12k sehingga RM18k untuk seekor.
-Mya-
I want
ReplyDelete