Monday, November 28, 2016

MISTERI 'GREEN CHILDREN OF WOOLPIT'

'Green Children of Woolpit' adalah dua orang kanak-kanak yang muncul secara misteri di perkampungan Woolpit, Suffolk, England pada abad ke-12. Kedua kanak-kanak tersebut adalah bersaudara dan mempunyai kulit yang berwarna hijau!
Selain kulitnya yang hijau, kedua kanak-kanak tersebut mempunyai penampilan yang normal seperti manusia biasa. Mereka bercakap dalam bahasa yang pelik dan tidak mahu makan apa pun kecuali kacang polong (kacang pea).
Lama-kelamaan, kulit kedua kanak-kanak tersebut kehilangan warna hijaunya dan menjadi warna normal seperti warna kulit manusia biasa.
Setelah mempelajari Bahasa Inggeris, mereka menjelaskan bahawa mereka berasal dari sebuah perkampungan bernama “St. Martin” yang merupakan tempat yang gelap kerana matahari tidak bersinar di sana.
Ketika sedang menggembala haiwan ternakan milik ayah mereka, mereka menemui sebuah sungai dari cahaya dan mengikutinya sehingga tiba-tiba mereka telah berada di Woolpit.
Beberapa teori mengatakan, kedua kanak-kanak tersebut adalah dari dimensi lain atau makhluk asing dari luar angkasa...
Kredit:
v12gether
todayifoundout
mysteryoutube

-Debu-

No comments:

Post a Comment