Monday, November 28, 2016

SOLAT SUBUH DAN ASAR

Orang yang solat subuh dan asar berjemaah memperolehi doa daripada malaikat.
Sebagaimana waktu subuh adalah gerbang memasuki siang dn asar adalah gerbang memasuki malam.
Sabda Rasulullah saw,
[Para malaikat berkumpul semasa solat subuh. Para malaikat yang menyertai hamba pada waktu malam (yang sudah bertugas pada waktu malam sehingga subuh) naik ke langit dan malaikat pada waktu siang terus tinggal. Kemudian, mereka berkumpul lagi pada waktu asar. Dan, malaikat yang ditugaskan pada waktu siang (sehingga solat asar) naik (ke langit), sedangkan malaikat yang bertugas pada waktu malam terus tinggal.
Lalu, Allah swt bertanya kepada mereka, ''Bagaimana kamu semua meninggalkan hamba-ku?''
Mereka menjawab, ''Kami datang, sedangkan mereka, sedang menunaikan solat dan kami tinggalkan mereka, sedangkan menunaikan solat. Maka, ampunilah mereka pada hari kiamat."] (HR. Ahmad)
Selain itu Allah swt menjanjikan syurga bagi orang yang menjaga solat subuh dan asar. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw, ''sesiapa yg menunaikan solat al-bardain maka dia masuk syurga. (HR. Muttafaqun 'Alaih)
Maksud al-bardain adalah solat subuh dan asar.
Baginda saw juga bersabda, ''Tidak akan masuk neraka seseorang yang menunaikan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya.'' (HR Muslim)
Wallahu a'alam...

-Yujin Kahfi-

No comments:

Post a Comment