Monday, February 13, 2017

PIRAMID MATA


Artifak yang ditemui di Ecuador ini dipanggil 'Piramid Mata'. Batu yang berwarna kelabu dan putih ini mempunyai 13 susunan baris. Ia kelihatan betul-betul seperti piramid pada wang kertas dolar Amerika.
Jika anda meletakkan piramid ini dalam gelap, 'mata' pada piramid ini akan bersinar. Di bawah piramid ini, terdapat tatahan emas kecil yang menunjukkan buruj Orion dan sebaris ayat tulisan lama.


Prof. Kurt Schildmann, iaitu Presiden Persatuan Jerman Linguistik yang menguasai lebih daripada 40 bahasa mampu menterjemahkan ayat ini. Beliau menamakannya sebagai pra-Sanskrit kerana ia lebih lama daripada tulisan tertua. Terjemahan dari 4 huruf yang ditunjukkan adalah, " Anak pencipta datang".

Kredit: versesofuniverse

-Debu-

No comments:

Post a Comment