Sunday, February 5, 2017

INDUSTRI LOMBONG BIJIH TIMAH DI ALAM MELAYU

Kalau kita baca buku-buku sejarah di Malaysia, banyak fakta menunjukkan bahawa industri melombong bijih timah di Tanah Melayu dimulakan ataupun dipelopori oleh kaum Cina pada kurun ke 18-19.
Kalau kita lihat lebih dalam lagi, matawang Melayu lama, seperti matawang yang berbentuk binatang dan matawang Kesultanan Melayu Melaka adalah dari timah.
Jadi bolehlah dikatakan industri melombong bijih timah ini sebenarnya sudah ada pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1400-1500, lebih awal dari 'penghijrahan orang Cina' untuk melombong bijih timah di Tanah Melayu.

Seperkara lagi yang menarik, sebuah buku karangan Khoo Salma Nasution dan Abdur Razzaq Lubis, 'Kinta Valley, Pioneering Malaysia's Modern Development', ada menceritakan tentang 'semangat timah',
"malay believed that the tin ore was alive, moving about under the ground in the form of a buffalo. it was born of the lode tin, called 'ibu timah', the tin's mother, and because of its special power, it was necessary that certain people have control over mining operations. these were the Malay Pawang, who not only divined the tin but were also possessed of special powers which enabled them to placate the spirits of the mine in order that the mineral could be extracted"
Pawang Melayu merupakan orang pertama yang membuka lombong timah dan kemahiran yang ada pada mereka juga membolehkan banyak lombong-lombong timah dibuka kemudiannya oleh pelombong bangsa Cina yang dibawa masuk untuk melombong.
Tentang kemasukan pelombong bangsa Cina sebenarnya adalah usahasama pedagang Melayu seperti orang besar Larut.
Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar yang membuka lombong bijih timah secara besar-besaran.
Walaubagaimanapun, penglibatan beliau dalam pembunuhan JWW Birch, residen Perak yang pertama mengakibatkn beliau di buang negeri ke kepulauan Seychelles pada tahun 1877.
-Debu-

No comments:

Post a Comment