Thursday, February 2, 2017

MAKSUD SEBENAR DI SEBALIK JAMPI AHLI SIHIR HARRY POTTER

Para peminat Harry Potter pasti sudah tahu apa yang akan terjadi sekiranya mengacungkan tongkat sihir sambil berkata, “Avada Kedavra!”. Atau jampi yang harus diucapkan sekiranya ingin membuka pintu yang terkunci, “Alohomora!".
Tetapi pernah terfikir tak? J.K Rowling, pencipta Harry Potter, tidak saja-saja sesuka hati membuat sembarangan jampi dalam Harry Potter. Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang kebanyakannya berasal dari bahasa Latin. Berikut contoh jampi-jampi sihir Harry Potter.
ACCIO
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio glass”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Kata ‘Accio’ berasal dari bahasa Latin yang bererti ‘Aku memanggil'.
AVADA KEDAVRA
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan ‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.
CRUCIO
Ini juga jampi jahat yang biasa digunakan untuk menyeksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ bererti ‘saya menyeksa’.
EXPECTO PATRONUM
Jampi yang menghasilkan 'Patronus', satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang bermaksud ‘pelindung’. Jadi maksud 'expecto patronum' itu lebih kurang bererti ‘menunggu datangnya pelindung’.
EXPELLIARMUS
Ini jampi terhebat Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh. Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang maksudnya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang maksudnya ‘senjata.’
IMPEDIMENTA
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin maksudnya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan untuk melambatkan pergerakan musuh.
LUMOS
‘Lumos’ maksudnya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai sekiranya mahu membuat hujung tongkat sihir menyala seperti lilin.
RICTUSEMPRA
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang bermaksud ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini digunakan untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.
SECTUMSEMPRA
Jampi ini adalah berlawanan dengan 'rictusempra'. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencederai’.
STUPEFY
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika berlawan, tapi kesannya tidak mendatangkan kecederaan. Cuma menjadikan musuh/mangsa menjadi bingung dan pening sahaja. Dalam bahasa Inggeris, ‘stupefy’ bermaksud ‘pening’.
WINGARDIUM LEVIOSA
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda terangkat dan terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari perkataan 'wing' yang bermaksud sayap, dan 'arduus' (bahasa Latin) yang maksudnya langit. Sedangkan 'leviosa' berasal dari bahasa Latin, 'levare' yang bermaksud mengangkat/mengambil.

-Debu-

No comments:

Post a Comment