Sunday, February 5, 2017

MISTERI PUSAKA MILIK SUKU PAPUA BERUSIA RATUSAN TAHUN

Islam telah lama masuk ke bumi Papua sejak ratusan tahun yang lalu, hal ini terbukti dengan masih ada peninggalan-peninggalan ajaran Islam yang dipegang erat oleh suku-suku di Papua sebagai sebuah hukum adat.
Di sebuah wilayah antara Sorong dan Papua terdapat sebuah suku dipinggir pantai, kebanyakan di wilayah itu muslimin, namun mereka tak ada lagi yang mengajarkan Islam hingga turun temurun, mereka muslim tapi tak tahu agama Islam.
Mereka sudah tidak kenal syahadat, mereka hanya mengenal satu ajaran adat, iaitu tak boleh makan babi, padahal babi adalah santapan yang masyhur di Irian, mereka menganggap itu hukum adat, padahal itu hukum Islam.
Dan ketua suku mempunyai satu barang yang dikeramatkan, ia adalah sebuah kotak yang menyimpan pusaka turun temurun yang dipegang oleh ketua suku dari generasi ke generasi, mereka tak tahu benda apa itu.
Ketika mulai banyak para nelayan muslimin yang datang, mereka minta sebidang tanah pada ketua suku untuk musholla, maka ketua suku mengizinkan. Lalu mereka berkunjung ke rumah ketua suku, dalam sambutan hangat itu, ketua suku menunjukkan pusaka yang disimpan ratusan tahun dan diwariskan dari datuk-datuknya.
Ketika kotak itu dibuka, maka para nelayan Muslim pun terkejut dan bertakbir, ternyata isinya adalah Al-Quran yang sudah sangat tua!
Ternyata sejak berabad-abad mereka sudah muslim, namun kerana mungkin tiada para dai-dai pengganti, maka ajaran Islam pun hilang dan tak lagi dikenali, tinggallah pusaka yang diwasiat turun temurun itu yang ada pada mereka, ternyata ia adalah Kitabullah, Al-Quranulkarim.
Maka ketua suku ini pun kembali memeluk Islam, tak lama khabar sampai kepada ketua daerah dan pihak tentera (Koramil dan Danramil) yang beragama Nasrani. Mereka memanggil ketua suku itu dan memarahinya kerana telah memberi sebidang tanah untuk muslimin membina Musholla.
Ketua suku dipaksa mengusir mereka tetapi ketua suku tetap pada pendiriannya. Disebabkan keengganannya, ketua suku itu ditelanjangkan hingga hanya seluar dalamnya yg ditinggalkan. Dia diseksa dan dicambuk dengan ekor ikan pari. Ikan pari terkenal dengan kulitnya yang penuh duri tajam.
Ketua suku tetap tidak mahu mengubah keputusannya, dia tetap ingin mempertahankan pusaka Al-Quran dan pembinaan musholla.

* Dipetik dari 'Perjalanan Perjalanan Dakwah Majlis Rasulullah ke Wilayah Manokwari Papua, Irian Barat'.

Kredit: sumatranew

-Debu-

No comments:

Post a Comment