Tuesday, November 29, 2016

DUA PERISTIWA KORBAN - NABI ISMAIL ATAU NABI ISHAK?

Sebelum merungkai peristiwa yang besar maknanya pada umat ISLAM ini, mari kita lihat sedikit peristiwa yang sama aturannya dengan peristiwa korban Nabi Ismail as.
Peristiwa yang ingin dirungkaikan adalah peristiwa korban Ishak as (Isaac) yang juga anak kepada Nabi Ibrahim as.
NABI ISHAK DIKORBANKAN?
Nabi Ishak atau Isaac adalah watak penting dalam tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Ini kerana, Nabi Ishak as adalah ayah kepada Nabi Yaakob as, iaitu bapa kepada Bani Israel (Children of Israel). Banyak riwayat menyatakan Ishak as adalah adik tiri kepada Ismail as.
Peristiwa korban Nabi Ishak as diceritakan di dalam Genesis 22:1-24. Dalam ayat 2 menyatakan,
And He said: ‘Take now thy son, thine only son, whom thou lovest, even Isaac, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt-offering upon one of the mountains which I will tell thee of.’
Dalam ayat ini menyatakan bahawa Ibrahim as (Abraham) membawa Ishak as (Isaac) ke Gunung Moriah untuk dikorbankan tanpa menyoal walau sedikit pun perintah Tuhan.
Ia selari dengan peristiwa korban Ismail as. Korban dalam istilah Hebrew disebut 'Olah'. Gunung Moriah ini kemudiannya dipercayai oleh orang Yahudi tempat pembinaan Kuil Solomon (temple of Solomon), tempat di mana Masjidil Aqsa berada sekarang.
Lukisan ini dilukis oleh Carravagio, menggambarkan Isaac ketika hendak disembelih oleh Abraham.

UMUR ISAAC?
Umur Isaac ketika peristiwa Olah tidak dinyatakan sepenuhnya dalam Kitab Hebrew Bible dalam Book of Genesis. Walaubagaimanapun, umur Isaac ada dinyatakan dalam Talmud.
(Talmud adalah kitab Yahudi bertulisan Hebrew yang membincangkan mengenai persoalan rabbi-rabbi, isu-isu sejarah bangsa mereka, hukum-hakam Yahudi, etika Yahudi, etika pemakaian Yahudi dan juga falsafah Yahudi)
Dalam Talmud, rabbi bersependapat bahawa umur Isaac adalah 37 tahun. Bagaimanapun, menurut Bishop Ussher, umur Isaac adalah 20-an. Untuk pengetahuan anda, dalam tradisi Yahudi, umur 13 tahun telah dikira dewasa!
ISAAC TIDAK DIKORBANKAN
Sepertimana peristiwa korban Ismail as, Nabi Ishak (Isaac) juga tidak dikorbankan. Diceritakan dalam Genesis 22: 11-13;
“11 And the angel of the LORD called unto him out of heaven, and said: ‘Abraham, Abraham.’ And he said: ‘Here am I.’12 And he said: ‘Lay not thy hand upon the lad, neither do thou any thing unto him; for now I know that thou art a God-fearing man, seeing thou hast not withheld thy son, thine only son, from Me.’ 13 And Abraham lifted up his eyes, and looked, and behold behind him a ram caught in the thicket by his horns. And Abraham went and took the ram, and offered him up for a burnt-offering in the stead of his son.”
Di saat Abraham mahu menghunus pisau di leher Isaac, malaikat datang kepada Abraham untuk menghentikan perbuatan itu atas perintah Tuhan. Dan juga seperti mana peristiwa korban Ismail, kibas dari syurga digantikan dengan Isaac.
KORBAN ISMAIL DAN OLAH ISAAC SERTA KEJANGGALAN DALAM PERISTIWA OLAH ISAAC
Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis yang menceritakan tentang diri baginda,
“Aku adalah anak keturunan dua orang zabihain”
Zabihain ini bermaksud 2 orang yang hampir dengan kecelakaan. Dan keseluruhan sabda Rasulullah saw ini bermaksud, Rasullulah saw ingin menyatakan bahawa baginda berasal daripada keturunan DUA orang yang hampir dengan kecelakaan.
Kecelakaan pertama yang dimaksudkan adalah kecelakaan bila mana moyang Rasulullah saw, Nabi Ismail as diperintah disembelih oleh Allah swt seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Shaffat ayat 100-111.
Dan kecelakaan kedua bila mana ayahanda Rasulullah saw sendiri hampir disembelih. Kisah tentang ayah kandung Rasulullah saw ini yang juga terancam untuk disembelih adalah kisah yang terkenal dalam sirah Rasulullah saw iaitu kisah nazar datuk Rasulullah saw, Abdul Mutalib.
Datuk kesayangan Rasulullah ini ketika menggali perigi zamzam pernah bernazar untuk menyembelih anak jika beliau berjaya menemui kembali telaga zamzam (telaga zam-zam pernah hilang untuk beberapa dekad akibat peristiwa banjir besar dan seterusnya ditimbuni pasir. Akan tetapi telaga zam-zam tidak pernah kering airnya).
Abdul Mutallib berjaya menemui telaga zam-zam, maka beliau wajib menunaikannya. Lalu diundilah dengan menggunakan anak panah, keluar nama Abdullah, anak bongsunya yang sangat dicintainya itu.
Setelah beberapa kali, nama Abdullah tetap juga keluar, akhirnya ada orang yang menasihatinya untuk menggantinya dengan 100 ekor unta. Setelah Abdul Muttalib menyembelih 100 ekor unta, nama Abdullah tidak lagi keluar dari undian anak panah itu.
Di sini diketahui bahawa, daripada mulut Rasulullah saw bahawasanya Nabi Ismail as yang disembelih dan bukannya Nabi Ishak as.
Untuk lebih menyakinkan, ingin dirungkai lagi kejanggalan peristiwa Olah Isaac ini melalui kitab suci mereka sendiri. Melalui terjemahan King James Bible, Genesis 22:2;
“And he said, Take now thy son, thine only son Isaac, whom thou lovest, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt offering upon one of the mountains which I will tell thee of.”
daripada terjemahan bahasa Inggeris normal,
Then God said, “Take your son, your only son, Isaac, whom you love, and go to the region of Moriah. Sacrifice him there as a burnt offering on one of the mountains I will tell you about.”
Dalam bahasa Melayu,
Kata Tuhan, “Pergilah ke tanah Man’a dengan Isaac, anakmu yang tunggal, yang sangat kau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Ku tunjukkan kepadamu. Persembahkanlah anak mu sebagai korban kepada-Ku.”
Apa yang janggal di sini adalah ayat “thine only son Isaac”; yang membawa maksud anak tunggal kepada Ibrahim as seterusnya sebagai anak sulung Ibrahim as!
Padahal melalui dua ayat dalam Bible iaitu daripada Genesis 16:16 dan Genesis 21:5, Nabi Ismail adalah anak sulung kepada Ibrahim. Bandingkan dua ayat ini:
Genesis 16:16 dalam terjemahan King James Bible,
”And Abram was fourscore and six years old, when Hagar bare Ishmael to Abram.”
Nota: Fourscore bermaksud 80 tahun dan ayat ni bermaksud umur Abram (Ibrahim) adalah 86 tahun. Abram atau Avram adalah nama lain bagi Abraham.
Genesis 21:5 dalam terjemahan King James Bible:
"And Abraham was an hundred years old, when his son Isaac was born unto him"
Jesteru, ingin kita ketahui bahawa dalam kitab suci mereka sendiri menyatakan Ismail as adalah anak sulung kepada Ibrahim as dengan perbezaan umur dengan Ishak adalah sebanyak 14 tahun!
Bagaimana boleh tersilap dengan menyatakan ayat berbunyi “thine only son Isaac”? Ayat ini seperti menyatakan Isaac adalah anak sulung kepada Ibrahim.
Ayat ini tidak boleh diterima sama sekali sebagai hujahan mereka kerana dalam kitab mereka pun telah menyatakan sebaliknya jauh sekali untuk dibanding dengan kitab suci Al-Quran.
Di dalam Al-Quran, selepas peristiwa penyembelihan Nabi Ismail as ini, Nabi Ibrahim as disampaikan berita gembira yang mana baginda akan menimang seorang lagi cahaya mata daripada isterinya yang tua iaitu Sarah. Dipercayai, Sarah adalah wanita mandul.
Dengan kekuasaan Allah dan keberkatan doa seorang Rasul, Sarah dapat melahirkan anak yang dikenali sebagai Ishak as. Peristiwa ini dirakamkan dalam surah Al-Shaffat ayat 112.
KEJANGGALAN TENTANG TEMPAT PENYEMBELIHAN
Dinyatakan dalam King James Bible, Genesis 22:2 (boleh juga rujuk di atas);
“And he said, Take now thy son, thine only son Isaac, whom thou lovest, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt offering upon one of the mountains which I will tell thee of.”
Dalam ayat ini, tempat penyembelihan berlaku di Moriah. Orang Yahudi dan Kristian menuntut bahawa tempat di mana berlakunya peristiwa ini berlaku adalah di tempat di mana Masjidil Aqsa (kononnya tapak Tempel of Solomon) berada sekarang. Ironinya, nama tempat ini iaitu Temple of Mount atau Mount Moriah diberikan setelah Musa as diberikan kitab Taurat.
Peta di mana dikatakan Gunung Moriah seperti mana dakwaan Yahudi dan Kristian.

Menurut tradisi masyarakat Arab dan Islam, peristiwa korban Ismail sangat terkenal dan diceritakan sebagai mengenang peristiwa bersejarah ini, tanduk kibas digantung di atas Kaabah. Peristiwa berlakunya korban Ismail ini dipercayai berlaku di Jabal Marwah.
Cuba anda semua perhatikan, Jabal Marwah mempunyai sebutan yang hampir sama dengan Mount Moriah.
M.a.r.w.a.h = M.o.r.i.a.h
Mekah adalah tempat sebenar berlakunya peristiwa Korban Ismail as.

PERISTIWA YANG BESAR IMPAK
Peristiwa Korban ini sebenarnya telah diseleweng sepenuhnya daripada Taurat dan Bible akibat daripada sifat mereka yang iri hati dengan kemuliaan yang diberikan kepada Ismail as. Mereka menganggap peristiwa yang membabitkan Ismail as tidak pernah berlaku.
Disebabkan itu, kebanyakkan dalam Taurat dan Bible tidak banyak diceritakan mengenai kisah Ismail as. Begitu teruknya perangai Yahudi laknatullah ini.
Mereka menukarkan watak Ismail kepada Ishak (Ishak adalah bapa kepada Yaakub yang mana bapa kepada Bani Israel) bagi menaikkan martabat mereka kerana mereka percaya daripada peristiwa ini ia memberi impak yang besar kepada bangsa mereka.
Dan benarlah firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil, dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh”. (al-Maidah : 70)

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment