Sunday, November 27, 2016

KENAPA PINTU MASUK KAABAH TERLALU TINGGI DARI LANTAI?

Pada tahun 1039 Hijrah (1630 M) berlaku banjir besar ketika pemerintahan Sultan Murad Khan. Akibat dari banjir ini, 3/4 bahagian Kaabah runtuh. Pembinaan semula Kaabah dilakukan dan Kaabah asal dirobohkan kesemuanya melainkan sudut yang mempunyai Hajarul Aswad.
Rekabentuk Kaabah ketika zaman Nabi Ibrahim dan bentuknya sekarang. Juga gambar dalaman Kaabah semasa proses ubah suai pada tahun 1996.
Pintu dinaikkan 2 meter dari aras lantai Masjidil Haram bagi mengelakkan air masuk ke dalam Kaabah jika berlaku lagi banjir di masa hadapan. Tangga khas yang digunakan untuk memasuki Kaabah sentiasa disimpan di dalam Masjidil Haram jika mahu digunakan.

Gambar dari atap Kaabah
Mengikut kajian ahli sejarah, adalah dipercayai Kaabah sudah menjalani 12 kali proses baikpulih dan pengubahsuaian. Kali terakhir ia dilakukan ialah pada tahun 1996.
Kali pertama proses baikpulih dilakukan sejak zaman Sultan Murad Khan. Atap Kaabah juga digantikan pada ketika ini.



-Debu-

No comments:

Post a Comment