Sunday, November 27, 2016

Kebaikan zikir

Zikir dapat menjadikan hidup terasa tenang, memadam emosi dan keegoan, menjadikan seseorang rendah hati, sabar dan tawakal.
Kita mestilah memahami apa yang kita zikir contoh subahanAllah (Allah maha suci) dan menghayati.
Zikir meningkatkan kualiti spiritual seseorang sehingga dia terasa lapang dan tenteram.
Zikir tidak semestinya dilakukan dengan hanya duduk di hamparan sejadah. Sambil berjalan kita boleh mengucapkan tasbih iaitu dengan langkah kaki, satu tasbih diucapkan.
Zikir dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit jiwa yg menimpa masyarakat global, antaranya ialah tekanan (stess) dn kegelisahan. Jadi di sinilah zikrullah memainkan peranannya sebagai pendekatan kepada Allah.
Ibnt al-qayyim al-jauziyah mengatakan bahawa zikir memiliki lebih daripada seratus manfaat, antaranya adalah untuk menghilangkan kekalutan fikiran dan kesedihan hati, mendatangkan perasasaan bahagia dan senang, melapangkan dada, serta menghadirkan cinta kepada sang pencipta.
Ketika seseorang sedang berzikir dengan penuh khusyuk, tanpa disedari terjadinya proses penyerahan diri secara mutlak dengan penuh keredhaan terhadap takdir yg ditetapkan oleh Allah dan cukup dengan yang dimiliki. Takut kepada Allah yang maha berkuasa atas segala-galanya.
Allah berfirman di dalam al-Quran,
"Sesungguhnya orang yg beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya); dan hanya kepada tuhanlah mereka bertawakal." (Surah al-Anfal [8]: 2)
Wallahu a'lam..

-Yujin Kahfi-

No comments:

Post a Comment