Tuesday, November 29, 2016

KISAH KEMATIAN YANG IRONIK

Maksud `ironi’ ialah pertentangan maksud dalam sesuatu baris. Jika pada peringkat awal baris dalam ayat menunjukkan maksud yang positif, maka perkara yang selepasnya pula menunjukkan maksud yang negatif.
Ironi juga boleh didefinisikan sebagai kejadian atau situasi yg bertentangan dengan yg diharapkan atau yg seharusnya terjadi.
Namun dalam konteks artikel ini, ‘sesuatu baris’ dalam definisi tersebut bolehlah digantikan dengan ‘jangka hayat’ seseorang itu ataupun ‘garisan hidup’.

1. Hans Steininger
Menjadi terkenal kerana janggutnya yang panjang berjela, beliau merupakan seorang Professor di University of Würzburg. Janggutnya yang sepanjang 4.5 kaki itu sering diperkatakan oleh sasterawan-sasterawan dan juga diabadikan di sebuah patung batu untuknya.

Namun, janggutnya juga adalah penyebab kematiannya dimana berlaku kebakaran dan dalam usaha menyelamatkan diri, beliau terpijak janggutnya lalu terjatuh sehingga patah leher lalu mati.

2. Marcus Licinius Crassus
Beliau merupakan seorang General dari Roman yang juga menghalang pemberontakkan hamba yang diketuai oleh Spartacus satu masa dahulu.

Seorang yang sangat kaya dan berpengaruh sehingga mampu membiayai askar-askarnya untuk berperang.

Beliau dikalahkan oleh empayar Parthia di hujung kegemilangannya, dan orang-orang Parthia menghukum ketamakkannya dengan mencurahkan emas yang lebur ke dalam mulutnya sehingga mati.

3. Bobby Leach
Seorang Daredevil, ataupun lebih mudah difahami seorang berani-mati yang suka melakukan aksi-aksi lasak yang tidak mampu dibuat oleh orang lain.

Turut diceritakan, beliau pernah melalui air terjun Niagara di dalam barrel buatan sendiri seperti dalam gambar. Disebabkan itu, beliau telah dimasukkan ke hospital selama 6 bulan untuk pulih semula kerana lutut dan rahangnya patah.

Namun, nasib tidak selalunya berpihak kepada beliau apabila beliau terpijak kulit pisang lalu jatuh dan terpatah kakinya. Dan secara perlahan-lahan beliau mati disebabkan 'gangrene'.

4. Thomas Midgley Jr
Seorang ahli kimia terkenal dari Amerika yang mencipta minyak petrol berplumbum dan juga CFC.

Beliau kemudiannya disahkan menghidap Polio dan keracunan plumbum menyebabkan beliau terlantar di atas katil dan tidak boleh bergerak.

Beliau kemudiannya mencipta sistem yang menggunakan tali dan takal untuk memudahkan beliau bergerak di atas katil tersebut.

Namun pada usia 55 tahun, beliau mati akibat terjerut tali dari ciptaannya.

5. Marie Curie
Seorang saintis yang juga terkenal satu masa dahulu. Beliau adalah satu-satunya yang memenangi anugerah Nobel untuk teori radioaktifnya sebanyak 2 kali iaitu dalam bidang kimia dan fizik.

Namun beliau disahkan menghidap 'Aplastic Anemia' yang disebabkan oleh terdedah terlalu lama kepada bahan radioaktif yang mana akhirnya menjadi penyebab kematian beliau.

6. Clement Vallandigham
Seorang peguam yang terkenal dengan kejayaannya untuk mempertahankan kliennya dari disabitkan dari kesalahan.

Namun pada 1871, ketika sedang manyampaikan hujahnya dalam satu sesi di mahkamah, beliau dengan tidak sengaja menembak dirinya dengan menggunakan pistol yang juga bahan bukti.

7. George Story
Ketika masih bayi lagi, beliau pernah terpilih sebagai muka depan majalah ‘Life’ dan artikel ditulis tentang beliau bertajuk ‘Life Begins’. Majalah tersebut menulis tentangnya semenjak dari bayi sehingga ke hari tua.

Namun, selepas seminggu majalah tersebut mengumumkan tentang Isu Keluaran mereka yang terakhir, beliau dilaporkan mati akibat sakit jantung.

Maka, majalah ‘Life’ membuat entri terakhir mereka bertajuk ‘Life Ends’.

8. James Fuller Fixx
Penulis buku terkenal dan terlaris pada 1977, The Complete Book of Running, yang banyak menceritakan tentang kebaikan berjoging kepada kesihatan dan jantung. Namun, beliau dilaporkan mati akibat sakit jantung pada usia 52 tahun.

Beliau sebenarnya disahkan menghidap sakit jantung pada penghujung 30-an disebabkan seorang perokok tegar, masalah tempat kerja, penceraiannya kali kedua dan berat berlebihan.

Beliau mula berjoging pada usia 36 tahun dan berjaya memanjangkan usia kepada 52 tahun yang mana dijangkakan beliau akan mati lebih awal dari itu oleh doktornya.

9. Steve Irwin
Siapa yang tak kenal Steve Irwin. Seorang pencinta haiwan yang terkenal suatu masa dahulu, menjadi pengacara pelbagai rancangan di Animal Planet.

Pernah mengembara seluruh dunia untuk mengungkai rahsia alam haiwan untuk dikongsi bersama-sama dengan penonton.

Namun pada 2006, ketika sedang berenang di laut, beliau telah disengat oleh seekor ikan pari dan terkena tepat di jantungnya dan kemudiannya mati.

-Debu-

No comments:

Post a Comment