Sunday, November 27, 2016

RAHSIA 1618

Kota Makkah telah diperintahkan sebagai arah bersolat, suatu tempat yang menakjubkan bagi berbilion umat Islam. Ia juga adalah pusat paling suci bagi agama Islam.
Nombor 1618 adalah nombor yang sangat unik, berkaitan dengan rahsia kejadian alam seperti kaitan dengan denyutan jantung, nisbah spiral DNA dan "dodecehadron" iaitu 12 sisi dengan setiap sisi berbentuk pentagon (segi lima).
Selain itu nombor 1618 juga dikaitkan dengan alam semesta seperti penyusunan daun tanaman yang dinamakan "phyllotaxy", serpihan kristal salji, struktur spiral pelbagai galaksi.
Kesemua ciptaan Allah ini berkaitan dengan nombor 1618 yang dikenali Nisbah Emas (Golden Ratio).
Nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir. Ahli astronomi terkenal, Keppler, mendefinisikan nombor ini sebagai "Khazanah Berharga".
Pakar estetika, Dr.Steven Markout, membuktikan dalam kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap rupa dan bentuk tubuh manusia, diciptakan dengan menggunakan nisbah tersebut.
"Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggota mu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya". (Surah Al-Infitar, ayat 7)
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. (Surah At Tiin, ayat 4-5)





Nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara, dengan jarak antara Mekah dan kutub selatan adalah bersamaan dengan nisbah 1618 iaitu "Nisbah Emas".

Jika kita mengukur jarak Kota Mekah ke arah Kutub Utara, diperoleh angka 7631.68 km, sedangkan jika ke arah Kutub Selatan, diperoleh angka 12348.32 km. Apabila kedua angka tersebut kita diperbandingkan :

12348.32 km / 7631.68 km = 1.618


Nisbah jarak ke Timur dengan jarak ke barat yang ditentukan oleh garis 'solstis' (titik balik matahari) dari Mekah juga bertepatan dengan 1618.



Wallahua'lam...

Kredit: zam-zzzzzzzzzz

-Debu-

No comments:

Post a Comment