Tuesday, November 29, 2016

MISTERI GIL PEREZ

Gil Perez adalah seorang tentera Sepanyol yang secara tiba-tiba muncul di Mexico pada 26 Oktober 1593 dengan berpakaian seragam penjaga Istana Del Gobernador (Filipina).
Dia mendakwa bahawa dia sama sekali tidak mengetahui bagaimana caranya tiba-tiba dia berada di Mexico. Sebelum tiba-tiba berada di Mexico, dia sedang bertugas di Istana Del Gobernador dimana Garbenor Filipina ketika itu, Don Gómez Pérez Dasmariñas baru saja dibunuh.
Dua bulan kemudian, sebuah kapal datang dari Filipina ke Mexico membawa beberapa penumpang. Para penumpang tersebut membenarkan cerita dari Gil Perez bahawa Garbenor Filipina memang baru saja terbunuh.
Bahkan salah seorang penumpang menyatakan bahawa ia mengenali Perez dan melihatnya di Filipina pada 23 Oktober.
Perez kembali ke Filipina dan melanjutkan hidupnya di sana sehingga akhir hayatnya.

Kredit:
v12gether
messagetoeagle

-Debu-

No comments:

Post a Comment