Sunday, November 27, 2016

SIMBOL SWASTIKA DIJUMPAI DI RUNTUHAN PURBA NABATEAN!

Saintis daripada Israel terkejut apabila ukiran mozek daripada tapak arkeologi di sebuah penempatan purba di selatan Israel memaparkan simbol Nazi ataupun lebih dikenali sebagai Swastika.
Tapak arkeologi ini sebenarnya adalah runtuhan daripada tamadun Nabatean yang pernah menguasai wilayah ini sekitar kurun ke-4 Masihi.
Walaubagaimanapun, menurut para pengkaji, simbol ini sebenarnya sememangnya popular digunakan sebagai hiasan marmar lantai di bangunan-bangunan rasmi tamadun Nabatean. Simbol ini pada waktu itu dikenali sebagai Nile.
 Corak lantai ini mirip simbol Swastika

SEDIKIT INFO MENGENAI SWASTIKA
Nama Swastika berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Svastika yang membawa maksud kejayaan. Simbol ini pada mulanya digunakan sebagai simbol keagamaan bagi agama di India seperti Hindu, Buddha dan Jainism.
Kemudian, simbol ini digunakan sepenuhnya oleh Parti Nazi yang pernah menguasai Jerman pada Perang Dunia ke-2.
Disebabkan media arus perdana sentiasa mengaitkan simbol ini dengan Nazi Jerman, simbol yang dipercayai membawa tuah ini akhirnya menjadi taboo kepada semua masyarakat dunia termasuk agama yang pernah menggunakan simbol ini dahulu iaitu Hindu, Buddha dan Jainism.
Corak ini dikenali sebagai Nile di tamadun Nabatean

Corak seperti ini menurut para pengkaji pernah digunakan sejak daripada zaman Neolitik lagi

Kredit: takusahrisau

-Debu-

No comments:

Post a Comment