Saturday, March 11, 2017

SIMBOL-SIMBOL YANG DIGUNAKAN CALON PILIHANRAYA DI MESIR

Pilihanraya Mesir unik kerana setiap calon yang bertanding mempunyai simbol yang mewakili mereka. Sistem ini masih digunakan di sana bagi membantu golongan yang buta huruf mengundi calon kegemaran mereka.
Di Mesir, tahap buta hurufnya tinggi iaitu sekitar 50%. Sistem simbol ini diperkenalkan oleh Abdul Gamal Nasser pada zaman 50-an dan kekal hingga ke hari ini.
Benda yang paling kelakar tentang sistem meletakkan simbol ini ialah calon tak boleh memilih simbol apa yang bakal mereka gunakan.
Sebanyak 250 simbol diberi secara rawak dan ini membuatkan ada calon yang 'butthurt'. Calon lelaki ada yang menerima simbol baju wanita, pisang atau teddy bear! ðŸ˜„





Kredit:
blogserius
Daily Mail

-Debu-

No comments:

Post a Comment