Wednesday, December 28, 2016

AKIBAT MENGAMBIL MINUMAN SEJUK SEMASA BERBUKA PUASA


Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.
Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.
Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit.
Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

Kredit: detikislam

-Mya-

LIKE MOSES MIRACLE!!


Sebuah fenomena pasang surut air laut yg terjadi dua tahun sekali di Korea Selatan dianggap seperti lautan yang dibelah oleh Nabi Musa as. Oleh kerana itu dinamakan 'Moses Miracle'!
Amat menakjubkan apabila melihat air laut surut, maka muncullah sebuah jalan baru yang panjangnya 2.8 km dan lebar 40 m. Jalan tersebut menghubungkan antara Pulau Jindo dan Pulau Modo.
Mereka mengadakan festival apabila fenomena ini berlaku dan dihadiri oleh pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
Fenomena ini tersebar apabila seorang duta besar Perancis yang mengunjungi 2 pulau ini menulisnya di surat khabar Perancis pada tahun 1975.
Legenda di sebalik fenomena ini mengatakan, ketika desa di Pulau Jindo diserang oleh segerombolan harimau, semua penduduknya lari dengan perahu mereka ke Pulau Modo, kecuali seorang nenek tua yang tertinggal.
Dalam keadaan putus asa, nenek tua tadi berdoa kepada Tuhan untuk menyelamatkannya dan terbelahlah laut sehingga wujud jalan yang menghubungkan Pulau Jindo dan Modo yang menyelamatkan nenek tua tersebut.


-Debu-