Thursday, February 2, 2017

TIDUR YANG SUNAT DIKEJUTKAN


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut;
1. Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba
Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata,
“Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (HR Abu Daud 1246)

2. Orang yang tidur di hadapan orang yang solat, kerana mengganggu orang yang solat

3. Tidur di atas permukaan bangunan tanpa penghadang
Rasulullah saw bersabda,
“Sesiapa yang tidur di atas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh)." (HR Abu Daud)

4. Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda,
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (HR Abu Daud)

5. Tidur waktu subuh
Nabi saw bersabda,
“Tidur subuh menegah rezeki.” (HR Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata,
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

6. Tidur sebelum isyak
Kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra di mana beliau berkata,
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isyak dan sembang-sembang selepasnya.” (HR Bukhari)

7. Tidur lepas solat asar
Nabi saw bersabda,
”Sesiapa yang tidur selepas solat asar dan hilang akalnya, janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (HR Abu Ya’la – Sanad lemah)

8. Tidur berseorangan di rumah
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

9. Perempuan yang tidur menelentang
Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

10. Seseorang yang tidur meniarap
Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda,
“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasul-Nya.” (HR Tirimizi dan Ahmad)
Abu Umamah r.a berkata, Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid. Lalu baginda memukul dengan kakinya dan berkata,
“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah, sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (HR Ibnu Majah)

11. Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail
Nabi saw bersabda,
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya." (HR Abu Daud 1308)

12. Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur
Nabi saw bersabda,
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (HR Muslim)

Kredit: jalanakhirat

-Debu-

MISTERI TEROWONG JEPUN DI KUNAK, SABAH

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak. Terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut.
Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh pekerja estet yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.
Ada juga peneroka yang cuba memasuki
terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
Setiap tahun, dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan.
Juga difahamkan, terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu.
Kredit: takmungkinbenar

-Debu-